Artikel Terkini

7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga

7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga 1

7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga 2

“9 Nafsu, 1 Akal”, ini merupakan sesuatu yang sinonim untuk golongan wanita.

Tetapi, tahukah anda sebenarnya 9 nafsu ini sekiranya mampu dikawal ia akan menjadi lebih power dari 1 akal tersebut?

Contoh : 9 handbag yang dibeli oleh wanita adalah lebih murah jumlah keseluruhannya berbanding 1 gajet yang dibeli oleh lelaki.

Dalam masa setahun, perempuan akan membeli sembilan jenis
handbag manakala lelaki akan beli satu jenis gadget. Tetapi setiap nilai
handbag tersebut jauh lebih murah.

Perempuan:
9 jenis handbag  x RM100 = RM900

Lelaki:
1 jenis handphone x RM1,200 = RM 1,200

Bayangkan jika perempuan mampu mengawal nafsu mereka dengan mengurangkan jumlah handbag tersebut daripada 9 handbag kepada 5 handbag sahaja. Perbelanjaan mereka adalah 50% lebih rendah berbanding lelaki.

Ini adalah Potensi Wanita yang perlu diperhebatkan.

Lihat pada kelebihan, dan bukan kekurangan mereka.

Mengapa saya mengatakan wanita lebih hebat jika diberi jawatan sebagai menteri kewangan keluarga?

7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga 3
7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga 6

1. Lebih Bertanggungjawab

Jika diberi sesuatu tugas, perempuan akan melaksanakan tugas
itu dengan baik sekali dan akan memastikan ianya berjalan dengan baik dengan
apa cara sekali pun.

Secara purata, perempuan memeriksa baki akaun lebih kerap berbanding lelaki dan sedar di mana kemampuan keluarga.

2. Lebih Bijak Mengurus Risiko

Kajian membuktikan lelaki lebih berani mengambil risiko yang tinggi dan ini bukanlah tindakan yang bijak dalam tindakan mengurus kewangan. Manalaka wanita lebih teliti dalam menilai risiko dan boleh memberi impak yang positif dalam kestabilan kewangan keluarga.

3. Lebih Berdisiplin

Perempuan lebih berdisiplin dalam membelanjakan duit mereka setelah membuat bajet. Ini merupakan salah satu cara untuk perempuan mengawal nafsu dan kemahuan mereka. Ini boleh mengelakkan “overspending” dan kawalan aliran tunai keluarga yang baik.

4. Lebih Jujur

Lebih 1/3 lelaki menyembunyikan pembelian yang tidak
sepatutnya kepada pasangan mereka. Perempuan dilihat lebih telus dalam
membelanjakan duit dan ini merupakan keperluan dalam mengurus ekonomi keluarga.

5. Lebih Teliti

Bandingkan masa perempuan membeli belah berbanding lelaki.
Perempuan selalunya akan mengambil masa lebih lama kerana mereka akan meneliti sesuatu
barangan terlebih dahulu sebelum membeli. Semestinya mereka akan memilih
barangan yang berbaloi dengan harga dan akan memastikan ia adalah yang terbaik!

6. Lebih Fokus

Selalunya perempuan tidak akan menangguhkan kerja dan akan
menyelesaikan secepat mungkin kerana mereka lebih fokus. Isteri dilihat mampu
memberi sokongan yang lebih kepada suami dalam mencapai matlamat kewangan
bersama.

7. Lebih Multi-Tasking

Walaupun seorang wanita mempunyai kerjaya hatta surirumah sekali pun, mereka mampu memegang lebih banyak portfolio. Inilah kehebatan wanita. Belajarlah mempercayai isteri anda, bimbing mereka untuk berdikari agar tidak susah jika anda tiada suatu hari nanti.

Perkongsian Pengalaman (Real Case Scenario)

Situasi 1: Suami Well Intervention Consultant dengan pendapatan RM180,000 sebulan. Bekerja 2-3 minggu offshore, 1 minggu rehat. Isteri suri rumah dan diberi tanggungjawab mengurus segala hal kewangan keluarga.

Isteri merupakan seorang bekas pegawai HR.

Situasi 2: Suami pakar bedah di hospital swasta berpendapatan RM200,000-300,000 sebulan. Isteri diberi kepercayaan mengurus kewangan keluarga kerana suami sibuk mencari rezeki.

Situasi 3: Dalam sesi konsultasi kewangan keluarga, isteri lebih responsif berbanding suami. Lelaki lebih mempercayai dan menyerahkan bab mengurus kewangan kepada isteri.

Situasi 4: Klien lelaki selalunya akan mengambil masa 2 kali ganda untuk memberi data kewangan mereka.

Fakta

65% client saya adalah perempuan. 60% mengurus kewangan keluarga, 40% mengurus kewangan sendiri kerana suami tidak bersedia berbincang bersama.

Saranan saya:

  • Jika suami mempunyai isteri yang mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, sebaik-baiknya lantiklah isteri anda sebagai Menteri Kewangan. Anda masih lagi boleh menjadi Perdana Menteri & Menteri Ekonomi.
  • Kepada para isteri, yakinlah anda sememangnya Awesome. Bantulah suami mencari pendapatan tambahan jika mampu  jika tidak, cukuplah sekadar menjadi Menteri Kewangan demi mengurangi beban suami tercinta.

Dalam konsultasi bersama saya, saya selalu ajar para isteri bagaimana hendak melindungi diri daripada segi kewangan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada suami

Nota kaki:

Posting ini bukan bertujuan untuk membuat perbandingan tentang siapa lebih hebat. Tetapi hanya untyk menggalakkan pemerkasaan wanita dalam ekonomi.

“Empowering women, Empowering Nation”

Ditulis Oleh:

Inaz Hashim
MB BCH BAO,  FAR, FPR,  CMSRL, ShRFP
Security comission & BNM licensed Financial Planner
An ordinary member of Malaysia Financial Planning
www.inazhashim.com

Sumber Kajian: https://www.dailymail.co.uk

7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga 4

7 Sebab Wanita Perlu Menjadi Menteri Kewangan Keluarga 2

Source link