Berita

81 peniaga dikompaun KPDNHEP Johor

81 peniaga dikompaun KPDNHEP Johor 2

Johor Bahru: Seramai 81 peniaga dikompaun dalam operasi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina di negeri ini bermula 8 Februari hingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Dr Chong Fat Full, berkata, kompaun dikenakan itu mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Katanya, sepanjang tempoh berkenaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor menjalankan 1,238 pemeriksaan meliputi 1,189 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 49 pemeriksaan di peringkat pemborong.

“Daripada jumlah itu, 81 dikenakan tindakan merangkumi 60 kes kerana kesalahan gagal meletakkan tanda harga kepada barangan yang dipamer untuk jualan, selain empat kes daripadanya adalah kesalahan menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan.

“Manakala, 17 kes adalah kesalahan kerana gagal menggunakan tanda harga khas berwarna merah jambu.

“Pemeriksaan dijalankan bagi memastikan peniaga barang harian dan keperluan terutama di lokasi tumpuan orang ramai seperti di pasar dan pasar raya supaya mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan yang ditetapkan,” katanya selepas mengadakan lawatan di sebuah pasar raya di Kluang, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalankan pemantauan terhadap stok bekalan barangan keperluan supaya mencukupi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

81 peniaga dikompaun KPDNHEP Johor 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo