Berita

Airbnb untung RM899 juta | Harian Metro

Airbnb untung RM899 juta | Harian Metro 1

Airbnb untung RM899 juta | Harian Metro 2

San Francisco: Airbnb mencatatkan keuntungan AS$219 juta (kira-kira RM899 juta) dalam suku kewangan terakhirnya, sekali gus membuktikan model perkongsian kediaman berdaya tahan ketika penularan pandemik Covid-19.

Ia berdasarkan penyata kewangan syarikat itu bagi tujuan penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) tidak lama lagi.

Syarikat pemula berpangkalan di San Francisco itu bagaimanapun mencatat kerugian AS$697 (kira-kira RM2.8 bilion) sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini, berikutan perolehannya merosot 32 peratus akibat kesan Covid-19 terhadap sektor pelancongan.

Bagaimanapun, Airbnb berkata, modep perniagaannya mempunyai daya tahan berbanding dengan sektor lain ketika krisis ini.

“Orang ramai mahu keluar dari rumah dan mengimpikan untuk bercuti, tetapi mereka tidak mahu mengembara jauh dan mengelak daripada berada di lobi hotel yang sesak.

“Platform kami terbukti sesuai dengan gaya melancong baharu sebegini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Airbnb untung RM899 juta | Harian Metro 2

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo