Infotainment

Akibat Dasar Hak Cipta Eropah, Banksy Diancam Dengan Pendedahan Identitinya

Akibat Dasar Hak Cipta Eropah, Banksy Diancam Dengan Pendedahan Identitinya

Akibat Dasar Hak Cipta Eropah, Banksy Diancam Dengan Pendedahan Identitinya 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Seorang seniman misteri, Banksy yang terkenal dengan kritik sosial melalui karya-karyanya mungkin terpaksa keluar dari dalam ‘gua’ dan mengumumkan identitinya. Selama dia berkarya, Banksy tidak pernah mendedahkan siapa dirinya. Malah khalayak umum lebih mengenali lukisannya yang menghiasi dinding-dinding berbagai kota di seluruh dunia, tetapi tidak ada seorang pun tahu siapakah dia sebenarnya.

Namun, segala kehidupan Banksy yang berselindung di sebalik karyanya mungkin tidak akan bertahan lama. Pertama adalah disebabkan dasar hak cipta di EU dan kedua adalah kejadian karya grafitinya bertajuk Laugh Now dan Ape and The Flower Bomber telah dikomersialkan oleh sebuah syarikat dan Banksy gagal dalam membuktikan haknya terhadap karya tersebut, lapor Art Net.

Hak Cipta Kesatuan Eropah minggu lalu menyatakan bahawa kedua-dua lukisan tersebut tidak berjaya dituntut oleh Banksy. Dasar hak cipta di EU memperuntukkan bahawa sesuatu karya seni itu harus dinyatakan dengan jelas siapakah pembuatnya. Dan jika Banksy mahu menuntut hak cipta terhadap lukisan tersebut, beliau diminta untuk mendedahkan identitinya.

Jika benar Banksy akan tampil dan mendedahkan siapa dia disebalik karya-karya kritik sosial yang berlegar di setiap kota. Ia akan menjadi satu penamat yang kurang enak. Ini kerana sebagai seorang karyawan, populariti yang diraih oleh karya lebih penting berbanding populariti yang diraih sebagai pembuat karya. Dan sisi misteri Banksy yang menjadikan karyanya lebih kehadapan berbanding dirinya sendiri.

Selama berada di dalam dunianya sendiri, Banksy menjadi seniman grafiti dengan jumlah pengikut yang besar. Banksy terkenal dengan karya-karyanya yang mengandungi kritik sosial mengenai keadaan di Britain atau dunia sekitarnya, termasuk yang dibuat olehnya di tembok pemisah antara Palestin dan Israel.

Untuk rekod, tidak jelas sama ada Banksy bersedia untuk mendedahkan siapa dia di khalayak umum dan kepada pihak berkuasa hak cipta EU. Namun, apa yang jelas, selain dua karya seni di atas, Banksy juga kehilangan hak cipta untuk pengkomersialan karya-karyanya yang lain iaitu Girl with Umbrella dan Radar Rat.

Lukisan Banksy ini ‘hancur’ selepas terjual pada harga RM5.8 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Lukisan Banksy Ini ‘Hancur’ Selepas Terjual Pada Harga RM5.8 Juta

Artis Menyamar Sebagai Tukang Cuci Untuk Lukis Grafiti Dalam Tren

 



Akibat Dasar Hak Cipta Eropah, Banksy Diancam Dengan Pendedahan Identitinya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo