Berita

Ali Puteh menanggung rindu | Harian Metro

Ali Puteh menanggung rindu | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Pelawak Ali Puteh, 31, meluahkan rasa rindu terhadap dua insan tersayangnya iaitu ibu, Sabariah Arshad dan abangnya, Allahyarham Abam Bocey.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menerusi perkongsian di Instagram memaklumkan sudah lima hari dia tidak bertemu ibunya yang kini dirawat di hospital.

 “Rindu saat ni, mak masih di hospital sekarang dan masih belum sedar dari tidur. Doakan semoga mak sembuh. Tak ada apa yang mampu, selain doa untuk mak kembali pulih.

“Lima hari dah mak di hospital dan kami belum dibenarkan melawat mak. Hampir 11 bulan dah abang pergi. Tengok gambar ini, terasa macam baru semalam kami semua bersama,” tulisnya.

Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan, 32, meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kedimannya di Gombak, Selangor.

Menurut Ali lagi, begitu kuat ujian Allah SWT buat dia dan keluarga. Ujarnya, dia tetap percaya Allah uji tanda sayang dan terus istiqomah kepada-Nya.

“Kuat ujian Allah pada kami. Tapi, saya percaya Allah uji tanda sayang. Semoga ada sinar buat keluarga kecil kami ini. Doakan ye,” katanya.

 Terdahulu, Ali juga membuat perkongsian di Instagram memaklumkan ibunya, Sabariah, 63, dikejarkan ke bahagian kecemasan Hospital Selayang disebabkan serangan asma sejak Khamis lalu.

Ali berkata ibunya masih ‘ditidurkan’ kerana perlu berehat berikutan mengalami asma yang teruk dan menggunakan alat bantuan pernafasan. 

 

Ali Puteh menanggung rindu | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo