Artikel Terkini

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 1

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 2

Di sebalik kehangatan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia, aplikasi Zoom tiba-tiba  menjadi perhatian orang ramai ketika ini. Di kala orang ramai diperintahkan untuk #StayAtHome dan mengurangkan pergerakan, ianya telah menjadikan pengasasnya popular di media massa dan media sosial terutamanya di Amerika Syarikat.

Zoom merupakan aplikasi yang menyediakan perkhidmatan video conference yang membolehkan para penggunanya berkumpul di dalam satu mesyuarat atau pun menjalankan kelas secara online.

Kelebihan Zoom

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 3
Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 9

Sebelum Zoom menjadi popular, terdapat beberapa syarikat yang menyediakan aplikasi yang sama tetapi sambutan tidak begitu memberangsangkan. Di antara yang popular adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Microsoft iaitu Skype, Google dengan Hangout dan juga Cisco dengan WebEx.

Sejak kebelangan ini kebanyakan pengguna telah beralih menggunakan Zoom kerana banyak kelebihan yang disediakan oleh aplikasi ini yang tiada pada pesaingnya yang lain.

Asal-Usul Pengasas Zoom

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 4
Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 10

Zoom dibangunkan oleh rakyat China yang bernama Eric Yuan. Beliau dilahirkan di daerah Shandong dan merupakan anak kepada jurutera perlombongan. Beliau merupakan graduan dari Shandong University of Science and Technology di dalam bidang matematik tulen.

Eric Yuan telah berhijrah ke Amerika Syarikat pada tahun 1997 setelah empat tahun bekerja di Jepun. Beliau mendapat inspirasi untuk berhijrah ke Amerika Syarikat setelah mendengar ucapan tokoh industri komputer yang terkenal pada ketika itu iaitu Bill Gates mengenai masa depan internet.

Cabaran pertama ketika dia berhijrah Amerika Syarikat adalah beliau mengalami masalah visa untuk memasuki negara tersebut. Ianya disebabkan beliau tidak fasih Bahasa Inggeris sehingga visanya itu ditolak sebanyak 8 kali. Pada kali ke-9, Eric Yuan akhirnya berjaya kerana sikapnya yang tidak putus asa walaupun menghadapi masalah di pihak imigresen,

Setibanya di sana beliau bekerja untuk syarikat WebEx yang menyediakan perkhidmatan video conference sebelum syarikat tersebut dibeli oleh Cisco pada tahun 2007. Eric Yuan diserap masuk ke dalam Cisco dan empat tahun kemudian beliau telah berhenti bekerja disebabkan tidak mempunyai persefahaman mengenai arah tuju syarikat.

Beliau kemudianya menubuhkan sebuah syarikat yang bernama Zoom untuk mengembangkan ideanya yang tidak diterima ketika beliau berada di Cisco.

Idea penubuhan Zoom adalah disebabkan kesukaran yang dihadapi oleh Eric Yuan ketika beliau remaja. Beliau yang pada ketika itu mempunyai teman wanita yang sama–sama belajar di peringkat universiti.

Beliau yang bercinta jarak jauh dengan teman wanitanya, sukar untuk berhubung kerana mereka berdua belajar daripada universiti yang berlainan. Beliau tekad untuk membangunkan teknologi bagi memudahkan perhubungan jarak jauh.

Akhirnya dia berjaya menjadikan impianya dengan menjadikan aplikasi Zoom ini sebagai realiti. Cabaran utama  yang dihadapi oleh Eric Yuan ketika membangunkan Zoom adalah orang ramai tidak percaya akan kebolehannya untuk menjadikan aplikasi ini berjaya kerana perlu bersaing dengan aplikasi yang sedia ada.

Beliau memulakan syarikat ini dengan membuat pinjaman modal daripada ahli  keluarga dan sahabat baiknya bagi mengembangkan syarikatnya ini .Dengan usaha yang berterusa Eric Yuan akhirnya dapat menarik ramai pengguna untuk menggunakan aplikasi tersebut dan mula mendapat kepercayaan pelabur luar untuk melabur ke dalam syarikat ini.

Disenaraikan di Pasaran Saham Amerika Syarikat

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 5
Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 11

Syarikat ini kemudianya telah disenaraikan pada tahun lepas di Nasdaq. Dengan pengapungan tersebut, ia telah menjadikan Eric Yuan seorang bilionaire. Pada hari pertama IPO dilancarkan, harga saham Zoom telah meningkat sebanyak 72%.

Kemuncak kejayaan syarikat ini bermula apabila berlakunya krisis Covid-19 di mana permintaan penggunaan aplikasi ini meningkat dengan mendadak, yang disebabkan perintah berkurung bagi menghalang penularan wabak Covid-19 ini.

Dalam tempoh perintah berkurung dan kawalan pergerakan yang dilakukan di seluruh dunia, syarikat ini telah mendapat keuntungan yang luar biasa yang telah menjadikan Eric Yuan berjaya menambah nilai kekayaannya sebanyak $4 bilion dalam tempoh 3 bulan sejak bermulanya wabak Covid-19 ini.

Namun Kini Ada Kontroversi

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 6
Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 12

Walaupun berdepan dengan kejayaan yang luar biasa, syarikat ini juga tidak terlepas daripada kontroversi yang melanda. Baru-baru ini isu data peribadi telah muncul menyebabkan para pengguna mereka terdedah dengan pencerobohan. Perbualan mereka bersama rakan sekerja mereka boleh diceroboh oleh pengguna lain

.Ini disebakan oleh bilangan yang meningkat secara mendadak dari 10 juta orang sebulan kepada 200 juta sebulan yang telah menyebabkan syarikat tersebut tidak mampu menampung data pengguna yang begitu banyak. Hal ini juga telah menyebabkan Elon Musk mengharamkan penggunaan Zoom ketika menjalankan musyuarat bersama pekerjanya, kerana dikhuatiri maklumat syarikat tersebut akan bocor kepada orang yang tidak sepatutnya.

Eric Yuan berjanji akan menyelesaikan masalah yang berkait dengan data peribadi pelanggan, oleh kerana aplikasi Zoom semakin mendapat tempat di kalangan pegguna. Beliau juga berjanji akan memperbaiki mutu perkhidmatan mereka bagi menampung bilangan pengguna yang semakin meningkat.

Sumber Rujukan:

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 7

Aplikasi Zoom Menjadikan Pengasasnya Bertambah Kaya Sebanyak $4 Bilion Dalam Masa 3 Bulan 2

Source link