Infotainment

Atlet Olimpik Uganda ‘Hilang’ Di Jepun, Tinggal Nota Tidak Mahu Pulang Ke Negaranya

Atlet Olimpik Uganda ‘Hilang’ Di Jepun, Tinggal Nota Tidak Mahu Pulang Ke Negaranya
Atlet Olimpik Uganda 'Hilang' Di Jepun, Tinggal Nota Tidak Mahu Pulang Ke Negaranya 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Nampaknya tidak semua atlet yang terbang ke Jepun untuk Olimpik Tokyo 2020 mempunyai misi untuk merangkul pingat buat negara. Bagi kes atlet dari Uganda ini, beliau nekad meninggalkan kem latihan negaranya dan mahu terus tinggal di negara itu.

Julius Ssekitoleko, berusia 20 tahun yang mewakili Uganda untuk sukan angkat berat telah meninggalkan nota mengatakan beliau berharap dapat terus tinggal di Jepun kerana faktor kesusahan hidup di negaranya, lapor pegawai bertugas.

Pihak berkuasa kini giat mencari atlet tersebut yang melarikan diri dari kemnya di Izumisano, Osaka. Julius gagal dikesan oleh pegawai di kem tersebut mereka tiba ke bilik Julius bagi mendapatkan sampel coronavirus daripada beliau.

Setiap wakil dan atlet dari negara luar perlu menghantar sampel ujian COVID-19 pada pagi hari, tetapi mereka tidak menerima sampel daripada Julius menjelang tengah hari.

9 deligasi atlet dari Uganda telah tiba di lapangan terbang Narita pada 19 Jun yang lalu, antara kumpulan awal yang tiba di Jepun dan daripada 9, dua atlet disaring positif COVID-19.

Chef de mission Uganda, Beatrice Ayikoru berkata Julius sebenarnya dijangka untuk mara ke peringkat Olimpik tetapi beliau gagal dan perlu pulang ke Uganda bersama jurulatihnya pada hari Selasa.

“Kami telah sedia maklum setiap atlet tidak dibenarkan meninggalkan kem dan memerlukan kebenaran daripada pegawai di sini. Kami akan bekerjasama dengan pegawai di sini untuk mencari Julius,” kata Beatrice.

Kes positif daripada atlet luar yang tiba ke Tokyo telah menimbulkan kebimbangan peningkatan penularan virus COVID-19 di Jepun. Sebagai langkah berjaga-jaga, sukan olimpik akan berlangsung tanpa kehadiran penonton untuk tahun ini.

Ini beberapa artikel berkaitan cubaan lari yang pernah tular sebelum ini. Baca lagi pada pautan di bawah.

‘Rahsia’ Bagaimana Bekas CEO Nissan Larikan Diri Dari Jepun Akhirnya Terjawab

3 Kali ‘Makan Lari’, Pemilik Kedai Sate Di Kajang Ini Mahu Si Pelaku Lunaskan Bil

Dibantu ‘Bodyguard’ Dan Dilarikan Dengan Kereta Myvi, Persoalan Suspek Macau Scam Lolos Terjawab


Atlet Olimpik Uganda 'Hilang' Di Jepun, Tinggal Nota Tidak Mahu Pulang Ke Negaranya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source

kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo