Infotainment

Awal Ashaari Disaman RM 3 Juta Oleh Sebuah Syarikat Hiasan Dalaman Dan Perabot Atas Dakwaan Memfitnah

Awal Ashaari Disaman RM 3 Juta Oleh Sebuah Syarikat Hiasan Dalaman Dan Perabot Atas Dakwaan Memfitnah 1

Awal Ashaari Disaman RM 3 Juta Oleh Sebuah Syarikat Hiasan Dalaman Dan Perabot Atas Dakwaan Memfitnah 2

Sebuah syarikat hiasan dalaman dan perabot, Naz Carpentry telah tampil memfailkan saman ke atas personaliti TV, Awal Ashaari atas tuduhan memfitnah setelah didakwa artis terbabit tidak henti-henti membuat ugutan undang-undang dan mencemarkan nama baik syarikat tersebut di media sosial.

Awal Ashaari Disaman RM 3 Juta Oleh Sebuah Syarikat Hiasan Dalaman Dan Perabot Atas Dakwaan Memfitnah 3Difahamkan, Naz Carpentry telah menuntut ganti rugi sebanyak RM 3 juta ke atas Awal Ashaari yang didakwa mereka telah mencalar nama baik syarikat, memberi gambaran negatif, menjejaskan kedudukan syarikat serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

Menurut pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications, surat tuntutan telah dihantar kepada pengacara terkenal itu pada 13 dan 19 Oktober yang lalu namun tidak mendapat respon sepatutnya.

“Oleh itu anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini”

Manakala peguam yang mewakili Naz Carpentry iaitu Nurul Hafidzah Hassan yang dibantu oleh Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid  memberitahu bahawa anak guamnya itu tidak akan memberi respon terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat awal menerusi pihak ketiga.

Sekadar info, barisan peguam yang dilantik syarikat hiasan dalaman itu pernah mewakili kes-kes berprofil tinggi seperti Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah dan juga bekas Perdana Menteri Malaysia.

Sumber : ASTRO AWANI



Written by Intan


 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.



Awal Ashaari Disaman RM 3 Juta Oleh Sebuah Syarikat Hiasan Dalaman Dan Perabot Atas Dakwaan Memfitnah 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo