Berita

Ayda, Nabil sah jadi suami isteri

Ayda, Nabil sah jadi suami isteri 2

 

Kuala Lumpur: Pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat, 29, sah menjadi isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, dengan sekali lafaz di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, pukul 3.28 petang, hari ini.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dinikahkan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembagunan Keluarga di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutan (JAWI), Ustaz Rozimi Zamri, dengan disaksikan bapa pihak pengantin lelaki, Datuk Ahmad Mahir Kamarudin dan Wan Jean Basri Wan Othman. 

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dan hanya dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak. 

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pengantin perempuan dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas. 

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga. 

Ayda ketika ditemui selepas selesai majlis akad nikah menzahirkan rasa syukur apabila majlis berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Alhamdulillah, meskipun kini kita berada di dalam norma baharu, syukur majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. 

“Di sebalik pandemik Covid-19 yang membataskan banyak perkara, kami memilih untuk melangsungkan yang wajib dulu. Terima kasih buat semua yang mendoakan,” katanya. 

Menurut Ayda, dia sudah pun bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan tidak menolak  rezeki untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat. 

“Ini adalah satu kehidupan baru untuk hidup kami sebagai suami isteri. Saya dan Nabil percaya akan ada banyak dugaan serta cabaran yang bakal ditempuh. 

“Jujurnya kami sudah lama impikan saat ini dan juga sudah bersedia untuk menimang zuriat secepat mungkin, insha-Allah,” katanya yang akan tetap meneruskan kerjaya seni seperti biasa selepas ini. 

Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas mereka menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.

Pasangan selebriti ini mencuri tumpuan apabila melangsungkan majlis pertunangan secara online pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ayda, Nabil sah jadi suami isteri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo