Artikel Terkini

Bajet 2020 : Apa Yang Orang Muda Dapat?

Bajet 2020 : Apa Yang Orang Muda Dapat? 1

Waktu Tok muda-muda dulu, sebenarnya tak berapa nak faham pun bila ada pembentangan bajet. Kadang-kadang tu rasa macam malas nak ambil tahu sampai terlepas peluang yang ditawarkan.

Jadi, Tok dah insaf dan tak nak benda ni berulang kat generasi seterusnya.

Bagi memudahkan korang yang malas nak baca panjang-panjang, Tok bahagikan siap-siap kepada 6 kategori :

  1. Bantuan Terus
  2. Perlindungan & Kesihatan
  3. Peluang Pekerjaan
  4. KWSP & PERKESO
  5. Insentif Cukai
  6. Keusahawanan & perniagaan
  7. Kewangan (perumahan)

Tanpa membuang masa lagi, ayuh kita ke kategori pertama dulu.

Bantuan Terus

#1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

Bagi mereka yang berpendapatan isi rumah lebih rendah RM2,500, berikut bantuan tunai yang diberikan mengikut status masing-masing:

  • Status bujang RM350
  • Berkahwin tapi tiada anak RM1,000
  • Anak satu atau dua RM1,500
  • Anak tiga atau lebih RM2,000
  • Ibu / bapa tunggal, tambahan RM500

Korang mesti pening apa benda pendapatan isi rumah kan? Kalau yang dah berkahwin tu, gaji suami isteri kena tambah sekali. Kalau rendah dari RM2,500 barulah layak terima BKM.

Bagi ibu/bapa tunggal yang gaji bawah RM2,500 – RM5,000 hanya layak terima bantuan RM500 sahaja. Manakala ibu/bapa yang  bergaji bawah RM2,500 , boleh terima kedua-duanya mengikut jumlah anak yang ditanggung.

#2 PerantiSiswa

Seramai 600,000 pelajar IPT yang berstatus B40 layak terima satu tablet PERCUMA. Ini bagi memastikan tiada sesiapa yang keciciran dalam proses pembelajaran yang banyak menggunakan digital pada hari ini.

#3 e-Start

Nama panjang adalah Skim Transaksi Tanpa Tunai.

Skim ini menawarkan RM150 bayaran secara e-dompet hanya kepada belia yang berumur 18 – 20 tahun atau pelajar sepenuh masa sahaja.

#4 Kit kebersihan Diri (Tuala Wanita)

Dah terang dan nyata ini untuk wanita je ya.

Seramai 130,000 remaja wanita akan terima Kit Kebersihan Diri secara PERCUMA. Tak pasti pula one off atau berkala. Sefaham Tok, mana ada wanita datang bulan one off je kan?

#4 Pass MyRail

  • RM5 : sebulan untuk perjalanan tanpa had bagi pelajar menaiki keretapi KTMB sahaja.
  • RM50 : pas perjalanan tanpa had bas & rel untuk pengguna terutamanya Lembah Klang.

Perlindungan & kesihatan

#5 Baucar Pelindungan Tenang

Nilai Program Baucar Perlindungan Tenang bagi penerima bantuan B40 dinaikkan kepada RM75 daripada RM50.

Baucar ini tidak terhad untuk membeli produk Perlindungan Tenang seperti takaful hayat, kemalangan diri malah boleh juga untuk polisi insurans komprehensif bagi motosikal 150cc ke bawah mulai 1 Januari 2022.

#6 MySalam

Bagi yang tidak tahu, skim MySalam menawarkan manfaat berikut :

  • Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal
  • pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari.

Kali ini manfaat ini tidak terhad untuk penerima BKM sahaja, malah dilanjutkan kepada anak penerima BKM juga, khususnya golongan B40.

Peluang Pekerjaan

#7 JaminKerja

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.8 billion bagi menyediakan dan menjamin 600,000 peluang pekerjaan.

  • MyStep : menawarkan 8,000 peluang pekerjaan secara kontrak (50,000 dalam sektor awam, 30k dalam GLC)
  • Insentif penggajian 20%-40% kepada majikan yang menggajikan Keluarga
    • Belia yang telah lama menganggur (<180 hari)
    • Golongan wanita terutamanya suri rumah yang sudah lama tidak bekerja
  • Program latihan & peningkatan dengan jaminan

#8 Perantis

Tok kurang faham skim ni, tapi sefaham Tok, graduan berumur antara 18-30 tahun yang buat Intern layak dapat elaun RM900. Majikan yang beri elaun sebanyak itu akan dapat insentif RM900 juga.

Betulkan Tok kalau salah ya.

KWSP & PERKESO

#9 i-Saraan

Yang bekerja sendiri, kerajaan nak bagi duit simpanan PERCUMA ni iaitu dengan carumkan anda sebanyak 15% atau maksimum RM250 ke dalam KWSP.

Bagus benda ni sebab Tok perasan ramai yang kerja sendiri ni tak carum pun untuk KWSP. Jadi, dengan insentif ni korang mestilah nak daftar KWSP kan? Siapa tak nak RM250, setiap bulan pula tu.

Tok buat kira-kira yang ada pendapatan RM1700 keatas boleh dapat caruman RM250 tu. Kalau rendah dari tu, darablah 15%. Banyak itu lah yang kerajaan akan carumkan untuk anda.

#10 Kasih Suri

Skim ini adalah caruman padanan KWSP serta perlindungan PERKESO untuk suri rumah. Kali ini, skim ini dilanjutkan kepada belia-belia dari kalangan petani, nelayan, penjaja, artis, ejen pelancongan dan petugas Pemulihan Dalam Komuniti.

#11 Perlindungan pekerja informal

Melihat pada impak Covid-19 yang sangat memberi kesan dari aspek kerjaya, kini kerajaan akan biayakan 80% caruman PERKESO bagi mereka yang bekerja sendiri bermula daripada gig rider kepada 9 kategori baru termasuk petani dan penjaja.

#12 Tambahbaik EIS

Melihat pada kejayaan Sistem Perlindungan Pekerjaan (EIS) yang memberi Elaun Mencari Kerja selama tiga bulan, kini kerajaan akan panjangkan pemberian elaun ini daripada hanya pencarum PERKESO sahaja kepada bukan pencarum juga.

Insentif Cukai

#13 Pelepasan cukai kemahiran

Bagi yang bergaji besar dan kena bayar cukai banyak tu, boleh lah manfaat insentif berikut :

  • Pelepasan cukai sehingga RM2,000 : perbelanjaan menghadiri kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan sehingga 2023.
  • Pelepasan cukai sehingga RM7,000 : bagi atas yuran kursus dengan mana-mana badan profesional yang diluluskan (contoh: perakaunan).

#14 Yuran Taska

Golongan muda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak, kini ada pelepasan cukai pendapatan RM3,000 bagi pembayaran yuran taska atau tadika berdaftar.

Harapnya ini dapat tingkatkan lagi produktiviti kerja tanpa risaukan tentang penjagaan anak-anak.

#15 Pelepasan cukai pelancongan & gajet

Bagi merangsang ekonomi sektor pelancongan, kerajaan beri galakan melalui pelepasan cukai RM1,000 keatas segala perbelanjaan berkaitan pelancongan.

Contohnya seperti bayaran penginapan hotel, yuran kemasukan taman tema dan sebagainya.

Pelepasan cukai bagi pembelian telefon, komputer atau tablet masih diteruskan sehingga RM2,500.

#16 e-Sukan

Hadiah-hadiah untuk e-Sukan boleh tahan lumayan juga Tok tengok.

Jangan risau, kerajaan tak kenakan cukai pun. Kerajaan beri pengecualian cukai pendapatan ke atas wang kemenangan kejohanan e-sukar luar negara yang layak.

Selain itu, Pusat Kecemerlangan Sukan Dron juga akan dipergiatkan lagi dengan peruntukan sebanyak RM5 juta.

#17 Pengecualian bagi pembelian kenderaan elektrik (EV)

Secara ringkasnya, terdapat pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 bagi kos pembelian atau pemasangan kemudahan pengecasan kereta elektrik.

Perniagaan & Keusahawanan

#18 Shop Malaysia Online & Go-eCommerce

Melihan kejayaan Kempen Shop Malaysia Online dan Go-eCommerce Onboarding yang telah memanfaat lebih daripada 500 ribu usahawan tempatan, Kerajaan akan teruskan program ini lagi.

Seterusnya, usahawan PMKS layak menerima manfaat sehingga 2,000 ringgit bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran dan pembayaran digital.

#19 Usahawan Francais

Bagi sesiapa yang berminat nak ceburi bidang francais, kerajaan peruntukkan Pembiayaan PERNAS RM74 juta untuk program latihan dan bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah 0% selama 6 bulan pertama beserta moratorium.

#20 Pendigitalan

Program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan 5G untuk merapatkan jurang digital serta mencipta peluang pekerjaan baharu. 

Oleh itu, Skim Geran Pendigitalan PKS diperkenalkan sehingga RM5,000 untuk PKS dengan pengkhususan dana RM50 juta bagi PKS mikro Bumiputera di luar bandar.

#21 Kontraktor Bumiputera

Bagi meningkatkan daya saing dan kapasiti kontraktor kecil Bumiputera, Kerajaan melalui CIDB akan mewujudkan accelerator programme khusus kepada kontraktor belia G1 hingga G4 mengikuti kursus peningkatan kapasiti dan on-the-job training dengan peruntukan RM10 juta.

Sebahagian daripada projek berskala kecil perolehan Kerajaan akan dikhaskan kepada kontraktor belia Bumiputera. Nilai projek terlibat dianggarkan bernilai RM200 juta.

#22 Kredit Mikro

Bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan pula, pinjaman mudah kepada golongan beila untuk usahawan belia sebanyak 150 juta akan disediakan di bawah Bank Simpanan Nasional dan Agrobank.

Perumahan

#23 Perumahan untuk informal

Bagi membantu golongan yang bekerja tanpa gaji tetap dalam bidang informal seperti pekerja gig, pengusaha kecil dan lain-lain agak sukar untuk buat pembiayaan rumah.

Jadi, Kerajaan memberi jaminan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM2 bilion supaya bank tidak keberatan untuk beri pinjaman sebab dijamin oleh kerajaan.

Begitulah serba sedikit intipati #Bajet2020 untuk anak muda. Mana-mana yang terlepas pandang tu, Tok minta maaf awal-awal. Semoga bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share artikel ni supaya ramai lagi ambil tahu pasal inisiatif-inisiatif yang ada.

Bajet 2020 : Apa Yang Orang Muda Dapat? 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo