Artikel Terkini

Banjir: 594 mangsa di Kuantan, Raub dipindahkan

Banjir: 594 mangsa di Kuantan, Raub dipindahkan
Banjir: 594 mangsa di Kuantan, Raub dipindahkan 1

KUANTAN – Keadaan banjir di Pahang yang reda dua hari lalu kembali berlaku selepas daerah Kuantan dan Raub ditenggalami air melibatkan 594 orang mangsa daripada 132 keluarga.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, setakat ini daerah Kuantan merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 554 mangsa daripada 119 keluarga manakala 40 mangsa daripada 13 keluarga direkodkan di Raub.

“Di Kuantan, seramai 226 orang daripada 50 buah keluarga dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah, 67 orang di SK Sungai Karang, PPS Sungai Ular me (16 mangsa) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelindung seramai 185 mangsa.

“Di Raub mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Kampung Pia, Dong sejak pagi semalam ialah seramai 40 orang daripada 13 buah keluarga,”katanya di sini hari ini.

Menurut, Che Adam paras air Sungai Keratong, Jalan Kota Bahagia di Rompin berada pada paras amaran manakala dua batang sungai di daerah Raub, iaitu Sungai Dong dan dan Sungai Lipis juga dalam paras amaran, manakala tujuh sungai lagi di Lipis, Bera dan Kuantan berada pada paras waspada.

Beliau berkata, keadaan cuaca pagi ini tiada hujan, bagaimanapun berdasarkan ramalan cuaca hujan dan ribut petir kembali berlaku di beberapa tempat di sebelah petang dan malam.

“Penduduk di pesisir Sungai Pahang dan anak sungai perlu berwaspada serta kerap mendapatkan maklumat yang sahih mengenai keadaan banjir daripada anggota APM yang bertugas dan pihak berkuasa setiap hari,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE


Banjir: 594 mangsa di Kuantan, Raub dipindahkan 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo