Berita

Bantu penghuni penjara bakal bebas sesuaikan diri

Bantu penghuni penjara bakal bebas sesuaikan diri 2

Kuala Lumpur: Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) bekerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam Program Back-To-Society bagi membantu penghuni penjara menyesuaikan diri semula bersama masyarakat.

Projek di bawah ILTIZAM itu adalah usaha kolaboratif bersama Jabatan Penjara Malaysia dengan dibantu Saora Industries bagi melatih penghuni di Penjara Jasin, Penjara Sungai Udang serta remaja dari Sekolah Henry Gurney bagi menghasilkan 1,000 set pakaian perlindungan diri (PPE).

Pengarah Hal Ehwal Pihak Berkepentingan Ekuinas, Hizwani Hassan berkata, program Back-to-Society itu adalah usaha pihaknya bagi membantu individu bakal dibebaskan menyesuaikan diri semula bersama masyarakat, meningkatkan dan memperbaiki kemahiran teknikal serta insaniah.

“Ini adalah gerak balas kami menyahut seruan kerajaan yang berhasrat supaya lebih banyak syarikat menyokong Jabatan Penjara dan program pemulihan mereka.

“Ketika wabak Covid-19 melanda, langkah memulakan projek ini adalah tepat pada masanya kerana kami berharap untuk menghulurkan sedikit bantuan dalam meringankan beban perbelanjaan awam serta mempersiapkan barisan hadapan kita dengan segala keperluan diperlukan untuk menangani wabak ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, matlamat program itu adalah memperkasa penghuni penjara dan remaja menerusi program latihan integrasi semula sosial dan pemulihan dengan tujuan meningkat dan membina keyakinan diri mereka.

“Dimulakan secara rintis dengan projek menanam sayuran pada 2019 yang memberi peluang kepada 100 penghuni Penjara Jasin belajar kemahiran berkebun dan bekerja dalam kumpulan, kejayaan projek itu meyakinkan ILTIZAM untuk meneruskan sokongannya untuk tahun kedua menerusi Projek PPE.

“Melalui program ini, mereka akan dilatih dengan latihan berasaskan kemahiran berkualiti terutama kemahiran berkebun, mengukur dan melakar baju serta menjahit selain berpeluang untuk berbakti kepada negara ketika tempoh sukar ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Melaka Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Ku Nawawi Ku Hamid berkata, pihaknya berbesar hati melihat syarikat seperti Ekuinas mengambil bahagian dalam menyokong inisiatif seumpama itu.

“Program ini akan melengkapkan penghuni penjara dan remaja dengan kemahiran teknikal dan vokasional sepanjang hayat apabila mereka kembali ke pangkuan masyarakat.

“Projek tambahan seperti Projek PPE ini akan membolehkan mereka untuk menjana elaun tambahan. Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan Ekuinas untuk menyediakan bantuan diperlukan kepada penghuni penjara dan remaja,” katanya.

ILTIZAM bersama Ekuinas adalah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bermatlamat untuk memperkasa dan memelihara pertumbuhan masyarakat terpinggir di Malaysia yang dilancarkan pada 2016.

Pada tahun lalu, ILTIZAM menyalurkan RM8 juta yang memanfaatkan 12,000 penerima di seluruh negara, manakala awal tahun ini, Ekuinas menubuhkan Dana Ihsan Covid-19 ILTIZAM berjumlah RM10 juta bagi mengurangkan beban komuniti penjagaan kesihatan dan menyediakan bantuan kepada golongan terjejas.

Bantu penghuni penjara bakal bebas sesuaikan diri 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo