Artikel Terkini

‘Bantu saya beli kerusi roda elektrik’

‘Bantu saya beli kerusi roda elektrik’
'Bantu saya beli kerusi roda elektrik' 1

REMBAU – Sepasang suami isteri yang hidup dalam serba kekurangan merayu sumbangan orang ramai bagi membeli kerusi roda elektrik khas buat anak mereka yang kini terlantar akibat kemalangan tujuh tahun lalu.

Musthafa Bulat, 60, dan Siti Zabedah Rentah, 52, yang tidak mempunyai pekerjaan tetap memberitahu, anak mereka, Mohamad Rashidi, 24, memerlukan peralatan itu bagi memudahkan pergerakannya.

Menurut Musthafa, dengan pendapatan sekitar RM1,500 sebulan sebagai tukang pasang khemah, dia perlu menjaga tiga anak lain berusia 11 hingga 15 tahun.

“Sebelum ini kami ada me­nerima RM2,000 daripada wakil rakyat tetapi harga kerusi roda itu RM3,800.

“Saya sudah terguna duit itu kerana terdesak untuk membeli keperluan Rashidi dan anak yang masih bersekolah. Jadi, saya me­rayu sekali lagi supaya membantu saya membeli kerusi roda itu,” katanya ketika ditemui di Kampung Baru Mampong di sini baru-baru ini.

Menurut Musthafa, anaknya ada menerima bantuan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), tetapi dengan kenaikan kos sara hidup sememangnya ia tidak mencukupi.

Tambahnya, sebelum ini mereka berniaga makanan di pasar malam selama lebih 20 tahun, namun segalanya berubah akibat pandemik Covid-19.

“Kami kini menetap di rumah pusaka dan duit simpanan telah habis digunakan untuk membayar hutang,” katanya.

Ujar Musthafa, kerusi roda elektrik itu amat diperlukan bagi membolehkan anaknya ber­dikari.

“Anak saya terlantar selepas dia terlibat kemalangan di Seberang Batu Hampar dengan kereta yang mengakibatkannya tidak dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hingga mengalami kecacatan kekal,” katanya.

“Anak saya masih muda manakala kami pula semakin tua serta kudrat juga semakin kurang untuk menjaganya pada masa akan datang,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional Siti Zabedah di 0510-7410-0004-7815. -KOSMO! ONLINE


'Bantu saya beli kerusi roda elektrik' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo