Infotainment

Baru Habis Pantang, Suami Emma Maembong Mahu Tambah Anak Lagi

Baru Habis Pantang, Suami Emma Maembong Mahu Tambah Anak Lagi 2

Baru sebulan bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang lahir pada 8 November lalu, pelakon Emma Maembong berkata suaminya, Muhammad Shazli Azhar meluahkan hasrat untuk menambah cahaya mata lagi.

Ujarnya, sejak memiliki cahaya mata, suaminya lebihkan anak mereka dan jika anak mereka merengek atau menangis, suaminya akan resah dan bimbang akan keadaan putera mereka. Kata Emma lagi, dia tidak menolak andai dikurniakan rezeki zuriat lagi.

BACA: Belum Habis Pantang, Peminat Risau Emma Maembong Keluar Berjalan

“Sejak kami ada anak, suami sudah tidak pedulikan saya lagi. Anak pula yang ditanyakan. Kalau waktu tidur pun dengar anak merengek atau menangis, suamilah yang resah lain macam.

“Dia mula jadi bimbang dan bertanya keadaan anak. Dalam pada itu, sempat juga beritahu hendak tambah zuriat lagi. Insya-Allah ada rezeki, kami tidak menolak untuk menambah keturunan,” katanya kepada BH Online.

Emma berkata dia sangat beruntung kerana memiliki 19 anak saudara yang pernah diasuh, jadi tidaklah kekok untuk dia menguruskan anak sendiri.

“Nasib baik saya sudah biasa melayan kerenah dan mengasuh anak saudara. Jadi, saya tidak kekok menguruskan anak sendiri. Saya tidak canggung memandikan anak dan melakukan pelbagai kerja lain. Saya tidak serabut atau hilang arah memikul tanggungjawab sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Emma akui tidak menyangka dirinya kini sudah bergelar ibu. Ujarnya, sudah dalam dia impikan untuk mempunyai keluarga sendiri dan bersyukur dikurniakan suami yang penyayang.

“Dahulu saya tengok gelagat adik-beradik atau kawan menjadi ibu, sekarang saya sendiri melaluinya di depan mata. Saat yang sudah lama impikan untuk memiliki keluarga dan anak sendiri datang dengan penuh kemanisan.

“Syukur Tuhan kurniakan suami yang baik dan penyayang. Sekarang, saya sudah ada hero pula,” katanya.



Baru Habis Pantang, Suami Emma Maembong Mahu Tambah Anak Lagi 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo