Infotainment

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua 2

Kini Trending

Sebelum ini, viral mengenai isu rumah tangga anak kepada chef selebriti iaitu Chef Wan yang baru saja mendirikan rumah tangga. Serina Redzuawan baru saja sah bergelar isteri kepada seorang anggota polis di Perlis iaitu Meor Mohammad Aidid. Malah, Meor Aidid didakwa telah bernikah kali kedua dengan Serina dan dimadukan tanpa kebenaran isteri pertama.

Artikel berkaitan: ‘Terima Kasih Terima I Seadanya..’ – Serina Redzuawan Selamat Bernikah

Artikel berkaitan: ‘Gagal Mohon Untuk Kahwin Kali Kedua’ – JIPS Perlis Siasat Suami Serina Redzuawan

Terbaru, memetik laporan BH Online, Meor Aidid bagaimanapun akan bertanggungjawab dan memberi kerjasama kepada pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berhubung isu berkenaan.

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua 5

Pasangan pengantin baharu itu difahamkan kita sedang dalam siasatan JIPS Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina.

Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran. Saya sedia bertanggungjawab.

Selain itu, cetus spekulasi dari bekas isteri yang dikenali sebagai Nur Hamizah yang menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah. Namun bagaimanapun, suami kepada Serina itu berkata hubungannya dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar.

Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan. Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan. Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu.

Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu. Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami.

Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua 9

Tambahnya lagi, bekas isterinya yang yang membuat tuntutan cerai. Akuinya lagi, dia hanya ingin memulakan kehidupannya yang baharu bersama Serina.

Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya. Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu. Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.

Saya juga menghormati komen bapa mentua, Chef Wan. Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri. Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik.

Sumber: BH Online

 


Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua 11

The following two tabs change content below.



Bekas Isteri Buat Laporan Polis, Suami Serina Redzuawan Jawab Dakwaan Kahwin Kali Kedua 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo