Artikel Terkini

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas?

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 1

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 2

Semalam berpusu-pusu orang pergi ke Pajak Gadai setelah hari
pertama ia dibuka selepas beberapa bulan kerana PKP.

Kepada yang muslim, saya sarankan janganlah anda menggunakan kemudahan pajak gadai ini kerana ianya ada unsur riba. Sebaliknya, gunakanlah kemudahan Ar-Rahnu.

Baca: Ketahui Apa Itu Ar-Rahnu, Dan Mengapa Ianya Lebih Baik Daripada Pembiayaan Peribadi

Ada pelbagai bank & koperasi yang menyediakan perkhidmatan Ar-Rahnu, jadi tiada alasan untuk tidak menggunakan kemudahan yang shariah-compliance walaupun masih ada beberapa isu yang masih didebatkan.

Baca: Produk Ar-Rahnu Berasaskan Gabungan Kontrak Qard, Rahn, Wadi`Ah Dan Ujrah Adalah Tidak Patuh Syariah

Emas.

Tiba-tiba teringat isu tahun 2014. Hahahaha.

Geng tersontot mesti masih ingat Tok Belagak, Khazanah Bangsa, Pisang Emas. Kenangan yang pasti takkan dilupakan seumur hidup kerana tragedi sontotan beramai-ramai.

Okay, get back to the real story.

EMAS.

Adakah untuk disimpan, dipakai atau merupakan aset pelaburan?

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 3
Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 9

Pelaburan Emas yang biasa diketahui:

  1. Jongkong Emas
  2. Barang Kemas
  3. Akaun Emas (tidak semua shariah-compliant. Sila check dengan bank anda)

Sebelum anda memulakan sesuatu pelaburan berkaitan emas, faktor Yang perlu diambil kira adalah:

  1. Tahap kecairan
  2. Emas mempunyai tahap kecairan yang tinggi
    selepas akaun simpanan kerana mudah dijual @ dipajak.
  • Risiko
  • Emas fizikal seperti barang kemas & jongkong
    mudah hilang & dicuri
  • Susut nilai yang tinggi ( 10- 35% ) jika ingin
    dijual semula
  • Pulangan Pelaburan
  • Emas mempunyai “ intrinsic value” yang sangat
    tinggi dan merupakan “ hedging against inflation “
  • Dalam jangkamasa panjang, ya ia ada pulangan
    pelaburan yang terbukti mampu melangkaui inflasi.
  • Kadar Zakat
  • Zakat emas simpanan & zakat emas yang
    dipakai kiraannya adalah berbeza ya.

(Boleh refer kepada pusat zakat negeri anda)

Jika anda mahukan alternatif , and boleh memilih:

  1. Gold – ETF
  2. Unit Trust – Gold

Sebagai salah satu pelaburan emas  yang ‘shariah-compliant’

Alternatif pelaburan ini bersifat sangat cair dan mempunyai
potensi pulangan yang agak baik terutamanya ketika situasi ketidaktentuan
ekonomi.

GOLD ETF : Pendek cerita, ia merupakan unit trust yang didagangkan di Bursa-i. Anda perlu membuka CDS akaun untuk membeli ETF ini.

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 4
Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 10

Boleh refer di sini jika anda mahu tahu lebih lanjut tentang GOLD-ETF di Bursa-i

https://www.bursamalaysia.com/trade/our_products_services/islamic_market/bursa_malaysia_i/shariah_compliant_exchange_traded_funds

Unit Trust berasakan emas seperti (Am precious metal) boleh dibeli melalui platform online dan agen unit trust.

NOTA :

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 5
Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 11

Tetapi, anda sekali lagi tidak perlu “melebur” duit yang banyak ke dalam instrumen ini, hanya gunakan untuk “Diversify” sikit ke dalam portfolio pelburan anda sekiranya anda sudah memahami risiko & pulangannya.

Dalam investment planning client saya,  secara personal saya tidak akan letak lebih
5% dalam asset allocation.

Tapi kalau tidak ada pun tak mengapa, CUMA JANGAN TERLALU
BANYAK PEMBERATNYA.

Saya secara peribadi tidak beranggapan emas sebagai satu
alat pelaburan.

Kerana emas lebih berfungsi sebagai ‘hedging tools’ yang amat baik teruatama dalam suasana ketidaktentuan ekonomi & politik ketika ini. Jadi, kena ada juga untuk ‘diversify’ dan mungkin boleh tambahkan sedikit buat masa ini.

Sebab itu pentingnya buat asset allocation & investment
planning.

P/S : Saya bukan penjual / agen emas, tapi ya saya suka
pakai emas. Terima kasih kepada ibu & suami yang memanjakan saya dengan
barang kemas =)

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 6

Inaz Hashim
MBBCH BAO,  FAR, FPR,  CMSRL, ShRFP
Security comission & BNM licensed Financial Planner
An ordinary member of Malaysia Financial Planning Council
www.inazhashim.com

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 7

Berbaloikah Menyimpan Atau Melabur Emas? 2

Source link