Infotainment

Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami

Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami

Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami 1

Kini Trending

Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami 2

Sekadar gambar hiasan (Harian Metro)

Sesebuah keluarga itu pasti diuji dengan pelbagai jenis ujian malah setiap daripada mereka juga mempunyai jalan cerita yang berbeza-beza. Seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang peguam yang dikenali dengan nama Nor Zabetha menceritakan ‘masalah’ yang dihadapi oleh seorang wanita selepas kematian anak tercinta.

Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami 4

Sekadar gambar hiasan

Berdasarkan perkongsian di Facebook, peguam Nor Zabetha memaklumkan wanita yang bergelar ibu ini telah lama bercerai dengan suami sejak anak mereka masih kecil lagi. Malah, sudah bertahun-tahun, mereka langsung tidak mendengar khabar lelaki itu bahkan dia juga tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa dengan memberikan nafkah.

Akan tetapi, setiap bulan wanita ini akan membuat simpanan untuk anak tercinta termasuklah simpanan ASB, membelikan insurans, barang kemas dan sebagainya. Tetapi siapa sangka, anak tercinta telah pergi menghadap Ilahi ketika berusia 15 tahun akibat sakit.

Si bapa, telah berkeluarga dan berkahwin lain dan mempunyai seorang anak dari perkahwinan ini. Begitu juga si ibu ini dan mempunyai seorang lagi anak dari perkahwinan yang baru.

Kerana kematian si anak, jadi ibu ini bertanya kepada Ustaz, sama ada harta anak ini akan perlu diberikan secara Faraid. Sudah tentu jawapannya ya.

Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami 6

Sekadar gambar hiasan

Wanita ini kemudian bertanya kepada peguam Nor Zabetha mengenai harta dan pembahagian. Selepas Nor Zabetha merujuk kepada Peguam Syarie, mereka memaklumkan untuk situasi seperti ini, berdasarkan pembahagian Faraid, si bapa akan mendapat 5/6 daripada bahagian keseluruhan si anak manakala si ibu akan mendapat 1/6.

Kami tahu, pasti ralat perasaannya. Yang membuat simpanan si ibu, yang membelikan insurans si ibu, yang membelikan barang kemas juga si ibu. Si bapa pula bukan kata tidak beri nafkah, melawat atau bertanya khabar pun sudah bertahun lamanya diabaikan.

Jadi pastilah ralat perasaannya, andai pampasan 5/6 ataupun lebih kurang 90% itu kepada bapa yang tidak pernah mengambil tahu hal anak sekalipun.

Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami 8

Sekadar gambar hiasan

Dalam keadaan yang hiba lagi sayu itu, peguam ini sempat memberi kata-kata semangat selain berharap agar si bapa akan terbuka hati untuk menyedekahkan kesemua bahagiannya kepada si ibu. Hal ini kerana, si ibu adalah insan yang berhak kerana dia bertanggungjawab dalam membuat simpanan si anak dan wang itu semua adalah hasil titik peluhnya sendiri.

Saya rasa itu yang sepatutnya bertahun-tahun si ibu bukan sahaja menjalankan tanggungjawab ibu dan dia juga sebagai bapa. Memberi nafkah, tempat tinggal, baju, makan dan pakai, membuat simpanan dan insurans supaya kehidupan anak terjamin.
Terlepas begitu sahaja tanggungjawab si bapa dan jika masih mahu juga bahagiannya. Maka saya berpandangan itu kejam.

Sementara itu, Nor Zabetha sempat menasihati orang ramai supaya jadikan perkara ini sebagai pengajaran buat semua. Bukan itu sahaja, aturlah segala simpanan, harta dan nama sebaiknya supaya tidak akan terjadi sebarang masalah kelak.

Sumber: Nor Zabetha


Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami 10

The following two tabs change content below.



Bertahun Tak Beri Nafkah, Wanita Terdiam 90% Dari Harta Arwah Anak Dapat Dekat Bekas Suami 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo