Infotainment

BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz

BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz 1

BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz 2

Kereta elektrik ialah masa depan kebanyakan syarikat automotif antarabangsa. Bentley yang mempunyai sejarah dalam sukan permotoran baru sahaja mengumumkan perpindahan ke kenderaan elektrik sepenuhnya dalam masa sedekad. BMW pula telah lama mengumumkan aspirasi meningkatkan jumlah kenderaan elektrik dan semalam BMW iX diperlihatkan kepada umum.

BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz 3
BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz 6

Kenderaan aktiviti sukan (SAV) elektrik ini adalah kesinambungan kepada konsep Vision iNext yang diperlihatkan dua tahun lalu. Kenderaan ini akan dilengkapi dua motor dengan output 500 kuasa kuda dan bateri 100-kWh yang memberikan jarak perjalanan sehingga 483 km. Masa diambil dari 0-100 kmj pula ialah sekitar lima saat.

Sistem pengecasan 200kW disokong bagi membolehkan bateri dicas dari 10-80% dalam masa 40 minit. Pengecasan selama 10 minit pula memberikan jarak perjalanan sehingga 120 km. Tetapi dengan pengecasan biasa di rumah, ia mengambil masa sehingga 11 jam.

BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz 4
BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz 7

Walaupun ia sebuah kenderaan elektrik, BMW masih mengekalkan kekisi radiator berbentuk ginjal yang besar pada bahagian hadapan. Kekisi ini tidak melindungi radiator sebaliknya adalah lutsinar untuk membolehkan kamera, radar dan sensor melihat ke hadapan. Kamera belakang pula telah disorokkan di dalam logo BMW.

Ruang kabin boleh memuatkan lima penumpang. Skrin besar memanjang menjadi paparan utama untuk maklumat pemanduan dan sistem infohibur. Konsol tengah mempunyai butang yang menerima input sesentuh. Sistem audio Harman Kardon pula disembunyikan di dalam panel pintu. Akhir sekali bumbung pula diperbuat daripada kaca sepenuhnya. BMW iNEXT akan dilancarkan pada tahun 2021 tetapi harga masih belum diumumkan.



BMW iX Diperlihatkan – SAV Elektrik Dengan Bateri Hampir 500km – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo