Artikel Terkini

Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar

Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar
Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar 1

DOHA – Brazil tidak berdepan sebarang masalah untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas mudah mengatasi pasukan Korea Selatan 4-1 di Stadium 974, sebentar tadi.

Ketua jurulatih Brazil, Tite tentunya gembira melihat persembahan anak buah buahnya selepas mempamerkan aksi yang cukup cemerlang pada pusingan 16 pasukan terbaik tersebut dengan membelasah Korea Selatan sejurus mendominasi sepanjang perlawanan itu.

Pada saingan itu, skuad Selecao berjaya meledak gol pembukaan mereka menerusi jaringan cantik Jose Vinicius Junior seawal minit ke-7 sekali gus memberi tekanan kepada pasukan Korea Selatan.

Kehadiran pemain termahal dunia, Neymar yang mengalami kecederaan sebelum ini ternyata berjaya mengucar-kacirkan benteng pertahanan pasukan Korea Selatan apabila turut menjaringkan gol kedua Brazil menerusi sepakan penalti pada minit ke-13.

Brazil yang memburu gelaran juara dunia buat kali keenam mereka terus menambah derita Korea Selatan apabila Richarlison berjaya menyumbat gol ketiga pada minit ke-29 sekali gus memberi keyakinan untuk menguasai babak pertama perlawanan tersebut.

Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar 2
Pemain Brazil meraikan kemenangan mereka bersama penyokong selepas melangkah ke peringkat suku akhir Piala Dunia Qatar 2022 di Stadium 974, Doha. -AFP

Penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu terus tertekan apabila dia sekali lagi tewas selepas Brazil terus menjaringkan gol keempat mereka dan kali ini menerusi Lucas Paqueta. Jaringan tersebut meletakkan Selecao selesa pada babak pertama perlawanan.

Bersambung separuh masa kedua, perlawanan bertambah rancak dengan Korea Selatan meningkatkan tempo permainan serta melakukan beberapa perubahan taktikal dalam usaha mereka mencari gol pertama mereka.

Pada minit ke-67, wakil Asia itu hampir memecah kebuntuan, namun rembatan deras Hwang Hee-chan berjaya ditepis penjaga gol Brazil, Alisson Becker.

Bagaimanapun, Korea Selatan akhirnya membuka jaringan mereka menerusi Paik Seung-ho yang berjaya menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-76, namun belum cukup menghalang Brazil merebut slot ke suku akhir.

Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar 3
Penyokong Brazil mempamerkan sepanduk legenda bola sepak Brazil, Pele semasa perlawanan Brazil menentang Korea Selatan di Stadium 974, Doha. -AFP

Meskipun Korea Selatan cuba mencari gol kedua mereka, namun Brazil tidak membiarkan perkara tersebut sekali gus menamatkan kisah dongeng wakil Asia dengan kemenangan 4-1.

Hasil kemenangan tersebut, Brazil perlu melakukan persiapan rapi apabila mereka akan berdepan Croatia di peringkat suku akhir selepas pasukan tersebut berjaya menyingkirkan satu lagi pasukan dari Asia, Jepun 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti. -KOSMO! ONLINE

 


Brazil benam Korea Selatan 4-1 di Qatar 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo