Artikel Terkini

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 1

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 2

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 3

Photo by Markus Spiske from Pexels

Dalam sejarah pasaran saham, kita boleh saksikan fenomena kejatuhan saham yang dahsyat seperti Black Monday pada tahun 1987, Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998, Krisis Subprime pada tahun 2008, dan terkini Covid-19 yang sedang hebat melanda seluruh dunia.

Jika dilihat kepada trend, setiap 10-12 tahun akan berlakunya satu peristiwa yang akan menggangu serba sedikit ekonomi dunia.

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 4
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 16

Perkara ini bukanlah baru kerana dari zaman dulu lagi sudah ada serangan wabak ini. Tindakan kita dengan #StayAtHome adalah satu tindakan yang mematuhi saranan kerajaan dan juga salah satu saranan Nabi kita juga.

Nabi Muhammad SAW juga telah memerintahkan mereka yang berada di tempat wabak untuk tidak keluar dari kawasannya. Mereka yang sihat pula diperintahkan untuk tidak memasuki tempat yang terkena wabak:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلاَ تَقْدَمُوا عَلَيْهِ وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلاَ تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ

Yang bermaksud: “Apabila kamu mendengarnya (wabak) di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.” (Hadis riwayat Imam Muslim). [8]

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 5
Photo by engin akyurt on Unsplash

Kini, wabak pandemik COVID-19 telah merebak ke seluruh pelusuk dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali. Ketika artikel ini ditulis, Malaysia sedang dalam tempoh kawalan pergerakan. Harap kita dapat kurangkan mangsa yang dijangkiti.

Kita tidak boleh hanya berserah tanpa berusaha, dengan mengendahkan pesanan dari pihak kerajaan. Allah SWT telah berfirman

Firman
Allah (bermaksud):

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

Tahukah anda bahawa wabak pandemik juga mempunyai trendnya yang tersendiri? Hasil analisis mendapati bahawa wabak tahap pandemik berlaku setiap 10 tahun, 20 tahun atau 100 tahun.

1. Antonine Plague (165 AD)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 6
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 17

Juga dikenali sebagai Plague of Galen yang merupakan satu pandemik yang dibawa oleh tentera Rom ke empayar Roman.

Wabak ini disyaki sejenis mallpox atau measles, namun sebab utama masih belum dapat dikenalpasti.

2. Plague Of Justinian (541-542)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 7
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 18

Adalah satu pandemik yang memberi kesan kepada empayar Byzantine terutama bandarnya iaitu Constantinople, empayar Sasanian dan bandar di sekitar laut Mediterranean.

Ia dikatakan berasal daripada tikus yang membawa kutu di dalam kapal yang menyebarkan wabak ini.

3. The Black Death (1346–1353)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 8
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 19

Juga dikenali sebagai Pestilence dan The Great Bubonic Plague, ianya merupakan sebuah pandemik yang agak teruk dalam sejarah manusia.

Kematian dianggarkan sebanyak 75 ke 200 juta orang di Eurasia. Katanya ia berasal daripada kutu dari tikus hitam yang dibawa dari kapal pedagang yang mencetuskan wabak ini.

4. Flu Pandemic (1889, 1918, 1968)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 9
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 20

Atau dikenali sebagai virus influenza yang telah menjangkiti ramai penduduk di dunia dan kerap terjadi.

Hampir 9 kali pandemik influenza terjadi dalam tempoh 300 tahun.

5. Asian Flu (1956-1958)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 10
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 21

Dikenal pasti berasal dari China, namun wabak ini juga tersebar ke Amerika Syarikat dan menyebabkan 70,000 kematian.

6. HIV/AIDS Pandemic (2005-2012)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 11
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 22

Merupakan pandemik global kerana mengikut statistik pada tahun 2018, 37.9 juta orang telah dijangkiti HIV atau AIDS dengan 57% pesakit adalah lelaki.

Hampir 770,000 kematian telah dicatatkan akibat daripada penyakit ini.

7. H1N1 (2009)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 12
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 23

Virus influenza A atau selsema babi juga pernah melanda negara kita tak lama dulu.

8. Covid-19 (2019)

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 13
Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 24

Wabak pandemik yang sedang kita hadapi kini telah menyebabkan kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Walaupun kita kini hidup dalam zaman teknologi dan serba moden, namun apabila munculnya virus baru yang merebak dengan pantas ini telah mengakibatkan pergerakan kita semua seolah-olah terhenti seketika.

Banyak negara telah mengadakan perintah berkurung atau lockdown, di Malaysia kita ada Perintah Kawalan Pergerakan.

Pakar ekonomi US berkata kemelesetan ekonomi akibat Covid-19 ini akan menyebabkan kadar kemurungan yang tinggi dan ramai orang akan hilang pekerjaan. Ia perlukan masa sehingga setahun untuk kembali pulih.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa dan bersabar agar kita dapat mengharungi fasa getir ini dengan tabah.

Artikel ditulis oleh Sarah Hata. Penulis merupakan seorang konsultan kewangan di sebuah institusi kewangan di Malaysia dan juga perunding imej. Mempunyai pengalaman menulis, memberi ceramah di beberapa syarikat seluruh Malaysia dan juga klien individu

Sumber Rujukan:

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 14

Bukan Pasaran Saham Saja Ada Trend, Wabak Pandemik Pun Ada Trend Tersendiri 2

Source link