Infotainment

Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14 Bionic VS Snapdragon 865+ – Amanz

Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14 Bionic VS Snapdragon 865+ – Amanz 1

Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14 Bionic VS Snapdragon 865+ – Amanz 2

Apple A14 Bionic telah dilancarkan di Malaysia minggu lalu dan akhirnya kami di Amanz mampu melakukan ujian penanda aras bagi melihat cip manakah yang paling berkuasa setakat ini. Dalam ujian ini kami akan membandingkan A14 Bionic dengan Snapdragon 865+, Snapdragon 865, Apple 13 Bionic, dan Exnos 990. Malang sekali kami tidak dapat melakukan sebarang ujian penanda aras pada Kirin 9000 yang digunakan pada Mate 40 Pro kerana halangan pada peringkat perisian. Peranti yang digunakan untuk melakukan ujian adalah seperti berikut.

  1. Apple 14 Bionic – Apple iPhone 12 Pro Max
  2. Qualcomm Snapdragon 865+ -Asus ROG Phone 3
  3. Apple A13 Bionic – Apple iPhone 11 Pro Max
  4. Qualcomm Snapdragon 865 – Black Shark 3 Pro
  5. Exynos 990 – Samsung Galaxy Note20 Ultra 5G
Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14 Bionic VS Snapdragon 865+ – Amanz 3

Kesemua ujian dilakukan beberapa kali dengan markah tertinggi diambil. Sebuah sistem penyejuk Black Shark digunakan pada kelima-lima peranti untuk memastikan cip berfungsi pada suhu yang paling optimum.

Kita memulakan dengan ujian Antutu 3D V 8.4.3 pada peranti Android dan Antutu 3D V 8.3.6 pada peranti iOS. Dalam ujian ini keputusan yang dicatatkan adalah seperti di bawah.

  1. Apple A14 Bionic – 667,807 markah
  2. Qualcomm Snapdragon 865+ – 650,975 markah
  3. Apple A13 Bionic – 530,158 markah
  4. Qualcomm Snapdragon 865 – 554.232 markah
  5. Samsung Exynos 990 – 530,615 markah

Markah yang dicatatkan oleh A14 Bionic ialah 2.59% lebih tinggi berbanding Snapdragon 865+. Bukanlah jurang markah yang besar sebenarnya dan lebih rendah dari jangkaan awal. Jika dibandingkan pula dengan Apple 13 Bionic, perbezaan markah pula adalah 25.96% lebih tinggi. Nyata terdapat peningkatan yang nyata dalam masa satu generasi di antara dua cip keluaran Apple ini.

Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14 Bionic VS Snapdragon 865+ – Amanz 4

Dalam ujian penanda aras GeeekBench 5.2.5, A14 Bionic jauh meninggalkan cip pemproses yang lain dalam ujian satu teras dan juga dua teras.

  1. Apple A14 Bionic – 1598/3971 markah
  2. Qualcomm Snapdragon 865+ – 1006/3341 markah
  3. Apple A13 Bionic – 1331/3480 markah
  4. Qualcomm Snapdragon 865 – 903/2949 markah
  5. Samsung Exynos 990 – 912/2442 markah

Kesimpulan dari kesemua ujian yang kami lakukan mengesahkan pada waktu Apple A14 Bionic ialah cip pemproses paling berkuasa untuk telefon pintar. Takhta cip peranti mudah alih paling berkuasa masih lagi dipegang oleh Apple 12Z Bionic yang digunakan pada iPad Pro 2020. Berbeza dengan A14 Bionic, A12Z Bionic dilengkapi lapan teras dan masih mengekalkan teknologi 7nm.

Tumpuan kini akan diberikan pula kepada Snapdragon 875 (nama yang diura-urakan akan digunakan) , Exynos 1080 dan Exyno 2100. Exynos 1080 telahpun dilancarkan di China minggu lalu. Walaupun dipasarkan sebagai cip kelas pertengahan, ia dilengkapi empat teras Cortex-A78 yang berkuasa tinggi. Exynos 2100 dan Snapdragon 875 pula akan dilengkapi empat teras Cotrex-X1 yang lebih berkuasa berbanding Cortex-A78.

Tahun 2021 akan menjadi tahun yang menarik kerana kuasa di hujung jari ini melangkaui keperluan sebenar harian anda. Dengan keputusan yang kami paparkan di dalam artikel ini, adakah anda akan berpindah ke iPhone atau setia dengan Android?



Cip Mana Lebih Berkuasa? – Perbandingan Apple A14 Bionic VS Snapdragon 865+ – Amanz 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo