Infotainment

Cip Pemprosesan Grafik Apple M1 Max Dilihat Setanding NVIDIA GeForce RTX 3080 Mobile, AMD Radeon RX 6800M

Cip Pemprosesan Grafik Apple M1 Max Dilihat Setanding NVIDIA GeForce RTX 3080 Mobile, AMD Radeon RX 6800M 1

Beberapa hari yang lalu, Apple telah melancarkan siri komputer riba MacBook Pro terbaru mereka yang dikuasakan oleh siri SoC Apple M1 Pro dan M1 Max, yang dikatakan hadir dengan kuasa pemprosesan komputer sehingga 70 peratus lebih tinggi berbanding dengan M1, dan kuasa pemprosesan grafik empat kali lebih hebat berbanding dengan M1 generasi pertama.

Dalam pada itu, skor penanda-aras untuk cip grafik M1 Max yang hadir dengan 32 teras telahpun diperlihatkan melalui perisian penanda-aras GFXBench yang memperlihatkan sejumlah skor yang meletakkan cip grafik tersebut berada pada taraf yang sama seperti kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 dan juga AMD Radeon RX 6800M.

Cip Pemprosesan Grafik Apple M1 Max Dilihat Setanding NVIDIA GeForce RTX 3080 Mobile, AMD Radeon RX 6800M
Cip Pemprosesan Grafik Apple M1 Max Dilihat Setanding NVIDIA GeForce RTX 3080 Mobile, AMD Radeon RX 6800M 6

Penanda-aras tersebut memperlihatkan kadar bingkai sesaat sejumlah ujian, yang memperlihatkan nilai-nilai yang cukup tinggi. Dalam beberapa ujian, seperti Aztec Ruins, Manhattan 3.1, Driver Overhead 2 dan Texturing, ia dilihat bahawa cip grafik M1 Max jauh meninggalkan NVIDIA GeForce RTX 3080 dan AMD Radeon RX 6800M, tetapi dalam beberapa ujian lain, kesemua kad grafik ini hadir dengan skor yang lebih kurang sama, ataupun kad grafik NVIDIA akan meninggalkan kedua-dua cip grafik dari Apple dan AMD.

Skor-skor yang diperlihatkan tidaklah menandakan bahawa Apple boleh menggerakkan aplikasi-aplikasi sama yang digerakkan oleh penawaran daripada AMD dan NVIDIA, tetapi memperlihatkan sedikit bahawa kata-kata Apple bahawa cip pemprosesan grafik mereka boleh dikatakan setanding dua gergasi grafik pasaran sekarang bukanlah sekatar kata-kata kosong.

Untuk perbandingan penuh diantara cip-cip pemprosesan grafik ini, kita akan perlu menunggu ulasan penuh untuk MacBook Pro terbaru ini, tetapi dari segi penggunaan, SoC Apple M1 Max adalah lebih untuk tujuan produktiviti seperti menyunting video 4K dan 8K berbanding dengan penawaran AMD dan NVIDIA yang lebih menyeluruh.

Sumber: Tom’s Hardware

Cip Pemprosesan Grafik Apple M1 Max Dilihat Setanding NVIDIA GeForce RTX 3080 Mobile, AMD Radeon RX 6800M 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo