Artikel Terkini

COVID-19: Pasaran saham AS merudum susulan kebimbangan gelombang baharu

COVID-19: Pasaran saham AS merudum susulan kebimbangan gelombang baharu 1

COVID-19: Pasaran saham AS merudum susulan kebimbangan gelombang baharu 2

COVID-19: Pasaran saham AS merudum susulan kebimbangan gelombang baharu 3

NEW YORK: Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dibuka rendah susulan kebimbangan gelombang baharu jangkitan kes COVID-19.

Perkembangan ini berlaku ketika beberapa negeri mencatat peningkatan ketara kes positif pandemik.

Indeks Dow Jones jatuh lebih 1,800 mata, sementara indeks S&P 500 susut 5.9 peratus.

Ini adalah prestasi hari ke hari paling buruk dalam tempoh tiga bulan.

Pemerhati mengaitkan peningkatan kes ini dengan keputusan kerajaan membuka semula sektor perniagaan. Ia juga dipercayai ada kaitan dengan penarikan semula perintah kekal di rumah.

Antara negeri yang mencatat peningkatan tertinggi kes positif adalah Texas dengan lebih 2,500 kes pada Rabu.



COVID-19: Pasaran saham AS merudum susulan kebimbangan gelombang baharu 2

Source link