Artikel Terkini

COVID-19: SC beri amaran jangan melabur dalam bursa aset digital

COVID-19: SC beri amaran jangan melabur dalam bursa aset digital 1

COVID-19: SC beri amaran jangan melabur dalam bursa aset digital 2

COVID-19: SC beri amaran jangan melabur dalam bursa aset digital 3

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membuat pelaburan dalam bursa aset digital (DAX) berikutan platform tersebut tidak sah untuk beroperasi di negara ini.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat individu dan entiti yang cuba mengambil kesempatan ketika situasi COVID-19 dengan memperdayakan orang ramai untuk melabur dalam skim pelaburan tidak sah

“SC telah memasukkan 12 lagi syarikat yang beroperasi tanpa lesen atau kebenaran SC di bawah senarai pantau atau Peringatan Pelabur di http://www.sc.com.my/investor-alert. 

“Pelabur yang berurusan dengan entiti atau individu yang tidak berlesen atau tidak sah terdedah kepada pelbagai risiko, termasuk penipuan dan pengubahan wang haram, dan tidak mempunyai akses kepada bantuan perundangan sekiranya berlaku pertikaian,” demikian menurut SC, pada Jumaat.

Jelas SC, ketika ini hanya terdapat tiga Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) yang berdaftar bagi DAX, iaitu Luno Malaysia Sdn Bhd, SINEGY Technologies (M) Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.

Selain tiga pengendali tersebut, SC memaklumkan tiada mana-mana platform dalam talian yang dibenarkan untuk menubuhkan dan mengendalikan DAX di Malaysia.

Justeru, SC mengingatkan mana-mana pengendali DAX yang beroperasi secara tidak sah di negara ini agar segera menghentikan aktiviti mereka.

“Mengendalikan DAX tanpa kebenaran daripada SC adalah satu kesalahan di bawah undang-undang sekuriti.

“Jika seseorang disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” kata kenyataan tersebut.

Orang ramai boleh membuat pengesahan pengendali aset digital berdaftar dengan SC di lama sesawang https://www.sc.com.my/development/digital/digitalassets atau menghubungi SC di talian +603 6204 8999 atau e-mel: aduan@seccom.com.my.



COVID-19: SC beri amaran jangan melabur dalam bursa aset digital 2

Source link