Infotainment

“Demi Allah Tak Guna Sesen Duit Saya Untuk Minta Orang Undi”

"Demi Allah Tak Guna Sesen Duit Saya Untuk Minta Orang Undi" 1

"Demi Allah Tak Guna Sesen Duit Saya Untuk Minta Orang Undi" 2

Dinobat Penyanyi Lelaki Popular sekaligus meletakkannya sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH 33) semalam, penyanyi Haqiem Rusli menafikan dia membeli undi untuk menang.

Haqiem berkata kemenangan yang diperoleh adalah hasil titik peluh dan usaha keras kelab peminatnya, Qiemilio yang ingin melihat dia berjaya. Ujarnya, lagi dia berharap tiada pihak mempertikaikan kemenangannya itu.

BACA: Haqiem Rusli Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33

“Demi Allah saya tidak menggunakan sesen pun wang saya untuk meminta orang mengundi. Semua undian yang diterima adalah daripada peminat yang sudah dianggap seperti keluarga saya.

“Qiemilio memang nak tengok saya menang untuk kategori utama ini. Kemenangan ini adalah berdasarkan undian dan saya harus memberikan kredit kepada Qiemilio yang berusaha keras untuk memastikan kemenangan ini.

“Tahun ini kemenangan adalah milik saya dan diharapkan tiada pihak yang mempertikaikannya. Harap tiada yang bergaduh sebaliknya saling memberikan sokongan,” katanya.

Terbuka dengan kecaman atas kemenangan tersebut, Haqiem berkata setiap orang mempunyai pendapat mereka masing-masing dan dia pernah melalui kecaman lebih teruk sebelum ini.

“Saya pernah lalui kecaman yang lagi teruk. Jadi kecaman mengenai isu ini adalah satu perkara yang biasa. Lagipun mereka ada pendapat masing-masing.

“Apapun kecaman yang diterima saya reda. Apa yang penting saya tahu apa yang saya buat. Saya dengar dan belajar daripada segala kesilapan serta sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik,” katanya.



"Demi Allah Tak Guna Sesen Duit Saya Untuk Minta Orang Undi" 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo