Infotainment

Didakwa Kahwin Kali Kedua Tanpa Kebenaran, Polis Siasat Suami Serina

Didakwa Kahwin Kali Kedua Tanpa Kebenaran, Polis Siasat Suami Serina 2

Hangat diperkatakan mengenai perkahwinan anak Chef Wan iaitu Serina Redzuawan dengan anggota polis Meor Muhammad Aidid apabila didakwa tidak mendapat kebenaran isteri pertama, Nur Hamizah Shaffee.

Susulan itu, pihak polis dilapor membuka kertas siasatan terhadap Aidid berhubung isu tidak memohon untuk berkahwin kali kedua.

BACA: “Aidid Kahwin Dengan Serina Ketika Dia Masih Suami Saya” – Bekas Isteri

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, Polis Perak menyerahkan siasatan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan pegawainya itu sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.

“Kita serahkan siasatan kepada pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) kerana pegawai ini sudah bertukar ke Perlis.

“Saya juga difahamkan satu kertas siasatan tata tertib sudah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dan siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis,” katanya.

Katanya lagi, perkahwinan pasangan berkenaan sudah berdaftar secara sah di negeri Perlis, namun sekiranya tidak meminta kebenaran mungkin akan dikenakan tindakan tata tertib.

“Perkahwinan mereka memang berdaftar dengan sah di Perlis, lazimnya kalau tidak meminta kebenaran kita akan ambil tindakan tata tertib melalui jabatan tetapi bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan dijalankan,” jelasnya.

Terdahulu, Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui mengenai perikahan anaknya itu daripada kakaknya serta mendedahkan pasangan itu bernikah di Thailand.

Bagaimanapun, Serina menafikan mereka bernikah di Thailand sebaliknya diadakan di sebuah negeri di Malaysia serta menafikan Aidid merupakan suami orang tetapi seorang duda.



Didakwa Kahwin Kali Kedua Tanpa Kebenaran, Polis Siasat Suami Serina 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo