Infotainment

Dipandang Tinggi Dan Setia, Ini Antara Sebab Warga Nepal Sering Dipilih Jadi Pengawal Keselamatan

Dipandang Tinggi Dan Setia, Ini Antara Sebab Warga Nepal Sering Dipilih Jadi Pengawal Keselamatan 1

Dipandang Tinggi Dan Setia, Ini Antara Sebab Warga Nepal Sering Dipilih Jadi Pengawal Keselamatan 2

Apabila bercakap mengenai bidang berkaitan keselamatan khususnya pengawal keselamatan, kita pasti terfikir akan kelibat warga-warga asing terutama sekali dari negara Nepal.

Tetapi pernahkah anda terfikir kenapa ia adalah negara pertama yang akan terlintas dalam fikiran bila berbicara mengenai pekerjaan sebagai pengawal keselamatan ini?

Untuk menjawab persoalan ini, ianya mungkin berkaitan dengan beberapa perkara yang sering dikaitkan dengan mereka, seperti mewarisi keturunan askar Gurkha dan juga kerana peluang pekerjaan itu sendiri yang terhad di negara mereka.

Berdasarkan kepada dua faktor ini, maka tidak mustahil jika kita sering melihat mereka ini bertugas sebagai pengawal keselamatan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara-negara lain.

Mewarisi keberanian dan ketaatan askar Gurkha

Bagaimana pula mereka boleh mewarisi askar Gurkha? Buat anda yang masih belum tahu, askar-askar Gurkha ini berasal dari bandar Gorka yang terletak di bahagian barat Nepal.

Askar-askar Gurkha ini pada zaman Perang Dunia Pertama dan Kedua pernah berkhidmat bersama British dan mempunyai briged mereka yang tersendiri. Sejak pertama kali direkodkan berkhidmat untuk British pada tahun 1815, mereka ini masih lagi aktif bersama tentera British sehingga ke hari ini.

Malah, pada tahun 1905 pengambilan untuk briged Gurkha ini diperbesarkan sehingga  10 rejimen dan ianya menjadi keputusan tepat kerana pada Perang Dunia Pertama lebih kurang 100,000 askar Gurkha telah berkhidmat menentang Perancis, Mesopotamia, Persia, Mesir, Gallipoli, Palestina dan Salonika untuk koloni British itu.

Sewaktu Perang Dunia Kedua, sebanyak 112,000 askar Gurkha telah sekali lagi membuktikan bahawa mereka merupakan askar yang berani dengan bertempur menentang negara Suriah, Afrika Utara, Italia, Yunani, Malaysia serta Singapura.

British-Gurkhas

Sumber: The Statesman

Proses pemilihan bagi briged Gurkha adalah sangat sukar. Walaupun terdapat lebih dari 10,000 pemohon yang bertanding, mereka harus melalui beberapa ujian terlebih dahulu bagi melayakkan pemohon ke peringkat yang seterusnya.

Antara ujian yang terlibat ialah larian sejauh 3 kilometer dengan membawa 35 kilogram pasir dan bakul yang diisi batu diikat di belakang.

Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi warga Nepal sedikit sebanyak telah mewarisi ciri-ciri askar Gurkha apabila mereka mempunyai reputasi yang cemerlang di negara kita dengan memikul tanggungjawab sebagai pengawal keselamatan.

Reputasi yang baik serta sentiasa fokus apabila melakukan sesuatu pekerjaan adalah antara sebab mengapa warga Nepal menjadi pilihan utama sebagai pengawal keselamatan dan sangat terkenal di seluruh dunia.

Disebabkan oleh itu, jika kita berada di mana-mana negara sekalipun, apabila bercakap mengenai pengawal keselamatan, warga Nepal tetap menjadi pilihan utama.

Walaupun mereka tiada moyang yang merupakan pesara askar Gurkha, askar biasa atau pegawai polis, mereka ini dianggap masih lagi mewarisi keberanian dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh rakyat dari negara ini ketika berkhidmat di negara-negara lain sebelum ini.

Kesusahan di negara asal

Selain daripada keberanian dan kesetian, mereka ini juga diketahui tidak mempunyai peluang kerja yang baik di negara mereka sendiri. Demi mencari pendapatan lebih dan kehidupan yang selesa, mereka telah memutuskan untuk keluar mencari rezeki di negara-negara lain.

Setiap tahun, dianggarkan 25 ke 30 peratus pendapatan negara Nepal datang daripada kumpulan ini. Hal demikian kerana wang yang telah mereka kumpul akan disalurkan kepada keluarga mereka yang masih menetap di negara ini untuk dibelanjakan semula.

Bukan sahaja dapat membantu dan meningkatkan ekonomi serta taraf kehidupan keluarga mereka namun ekonomi negara Nepal itu sendiri difahamkan terpaksa bergantung kepada pengaliran wang yang datang dari kumpulan ini.

Dengan jumlah mereka yang berhijrah keluar begitu ramai sehingga menyumbang kepada ekonomi negara, maka tidak hairanlah jika kita sering sahaja berjumpa dengan warga Nepal ini terutamanya yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Tidak lupa juga kerana tahap keberanian dan kesetiaan tinggi yang sentiasa ditunjukkan warga mereka sebelum ini terutama ketika berkhidmat sebagai askar Gurkha suatu ketika dahulu.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang warga Nepal didera penduduk tempatan hingga menyebabkan kedutaan Nepal buat laporan polis, baca pautan di bawah.

Pengawal Keselamatan Nepal Didera Warga Tempatan, Kedutaan Nepal Buat Laporan Polis

Warga Tempatan Dalang Disebalik Sindiket Pemalsuan Dokumen Ujian Saringan COVID-19 Untuk Warga Asing

Wanita Warga Asing ‘Kantoi’ Mohon MyKad Guna Identiti Orang Telah Meninggal Dunia




Dipandang Tinggi Dan Setia, Ini Antara Sebab Warga Nepal Sering Dipilih Jadi Pengawal Keselamatan 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo