Infotainment

Dituduh Jadi Punca Kematian Sembilan Beranak, Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah

Dituduh Jadi Punca Kematian Sembilan Beranak, Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah
Dituduh Jadi Punca Kematian Sembilan Beranak, Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Seorang pemandu treler berusia 37, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan ke atasnya dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani atas 10 pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan 10 individu, termasuk sembilan sekeluarga maut dalam tragedi Sabtu lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Mohd Rafi Jaafar yang memandu treler jenis Hanvan didakwa memandu kenderaan dengan cara berbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian sembilan penumpang sebuah kereta dengan nombor pendaftaran WNL 1061 dan seorang pemandu kereta dengan nombor pendaftaran MAS 6651.

Penumpang kereta yang dinaiki sembilan sekeluarga terdiri daripada Norul Naziah Buyong, 37, dan lapan beradik, Mohd Raid Fathi Abdul Razak, 10 bulan; Puteri Nur Ain Shalwana, 3; Mohd Hidayat Hakimie, 7; Mohd Rokaizat Rezky, 9; Mohd Aizat Syazwan, 10; Puteri Hidayah, 12, Razatul Aliah, 16 dan Mohd Razarul Amin, 17. Manakala seorang pemandu berasingan pula ialah Muhammad Rahimi Rolex, 27.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di Kilometer 8.3 Lebuhraya ELITE dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menghala ke arah Shah Alam, kira-kira jam 12.02 malam, 18 Disember lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun serta denda maksimum RM50,000 jika sabit kesalahan.

Tertuduh tidak diwakili peguam, manakala pihak pendakwaan diketuai Pengarah Pendakwaan Selangor, Mohammad Al-Saifi Hashim dan Mohd Asnawi Abu Hanipah serta Saidah Fasihah Che Yussof.

Pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan lesen memandu ditahan dan tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi, namun Mohd Rafi merayu jaminan dikurangkan atas sebab isterinya tidak bekerja dan kini menjaga seorang anak yang sakit di Hospital Melaka.

Kemudiannya, mahkamah membenarkan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan bersama syarat tambahan lesen memandu digantung serta merta, selain memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan kediamannya pada minggu pertama setiap bulan serta tidak dibenarkan mengganggu mana-mana saksi.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 27 Januari 2022 nanti. Tertuduh sebelum ini direman empat hari bagi membantu siasatan kemalangan membabitkan treler dipandunya dan tiga kereta lain sehingga menyebabkan 10 mangsa maut pada hari Sabtu lalu.

Seorang penjawat awam didenda kerana berniaga sarung tangan untuk mendapatkan kerja membekal dan menghantar sarung kaki kepada kakitangan hospital kerajaan. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Penjawat Awam Kena Denda RM8,000 Kerana Berniaga Sarung Kaki

Berjaya Bida Harta Sajat Bernilai RM132,000, Pembida Dipercayai ‘Ghaib’ Ke Luar Negara


Dituduh Jadi Punca Kematian Sembilan Beranak, Pemandu Treler Mengaku Tidak Bersalah 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo