Berita

Dividen ASB kekal kompetitif | Harian Metro

Dividen ASB kekal kompetitif | Harian Metro 2

Kuala Lumpur: Bayaran agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 yang diumumkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini adalah kekal kompetitif dalam iklim pelaburan semasa yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelabur perlu memahami konsep penandaarasan dalam menilai pelaburan masing-masing.

“Bagi ASB, penanda arasnya mungkin deposit tetap Maybank bagi kadar pulangan 12 bulan yang berada pada 1.85 peratus setakat 20 Dis lepas, justeru, berikutan keadaan ini dan situasi ekonomi semasa yang mencabar, dividen ASB itu dilihat kompetitif.

“Selain itu, dengan kadar faedah semasa pada 2.5 peratus maka, di situ ada kadar pulangan sebenar bagi ASB memandangkan dividen adalah lebih tinggi berbanding kadar inflasi,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata, strategi pelaburan global PNB juga berhasil, dengan sumbangan kasar ekuiti awam global kepada PNB meningkat kepada 24.5 peratus tahun ini daripada 6.3 peratus tahun lepas.

Mohd Afzanizam berkata strategi pempelbagaian aset pelaburan secara geografi telah menyumbang secara positif dalam mengurangkan impak kelembapan dalam ekuiti domestik.

“Sebagai pelabur, mereka perlu menilai iklim pelaburan semasa dan faktor yang mempengaruhinya, selain peraturan pelaburan bagi ‘pulangan tinggi berisiko tinggi’ juga perlu diambil kira dalam situasi semasa.

“Dalam senario ini, pengurus dana PNB perlu mempertimbangkan cabaran semasa dan menyeimbangkan situasi itu dalam usaha untuk mencatatkan pulangan konsisten yang sesuai dengan risiko yang mereka ambil,” katanya.

Bagi pelabur, beliau berpandangan pelaburan ASB perlu diteruskan dan ia masih pilihan pelaburan yang baik kerana masih dapat meraih manfaat daripada nilai dividen yang dilaburkan semula bagi pelaburan tersebut.

Sementara itu, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail dari Jabatan Strategi dan Dasar Perniagaan, Universiti Malaya berkata, memandangkan banyak perniagaan mengalami penutupan dan yang lain pula mengharungi kesukaran kewangan ekoran pandemik Covid-19, pendeposit seharusnya bersyukur atas dividen tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, tahun depan dijangka tempoh mencabar bagi PNB dalam keadaan ketidaktentuan yang menyelubungi ekonomi global, serta pandemik.

Dividen ASB kekal kompetitif | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo