Berita

Dovizioso ‘cuti’ panjang musim depan

Dovizioso 'cuti' panjang musim depan 1

Dovizioso 'cuti' panjang musim depan 2

Paris: Antonio Dovizioso berkata, dia akan berehat daripada MotoGP musim depan tetapi berharap kembali ke litar sebaik sahaja menerima tawaran sesuai.

Pada Ogos lalu, pelumba berusia 34 tahun dari Itali itu yang muncul naib juara tiga kali kejohanan dunia di bekalang Marc Marquez mengumumkan akan meninggalkan Ducati pada penghujung tahun ini.

Selepas muncul juara di Austria, dia mengetuai seketika carta pelumba sebelum tergelincir dari saingan.

Dalam Instagramnya awal pagi tadi, dia berkata terpaksa menolak beberapa tawaran untuk menjadi pelumba ujian tahun hadapan dengan menjelaskan mahu ‘kekal bebas daripada sebarang perjanjian rasmi pada masa sekarang’.

“Saya mempunyai minat mendalam dalam sukan permotoran,” katanya. Saya masih bercita-cita untuk bertanding dan berjuang untuk kemenangan.

“Saya akan kembali ke MotoGP sebaik sahaja mendapat projek daripada mereka yang sejiwa dengan saya dan dengan organisasi yang berkongsi objektif, nilai dan cara kerja sama dengan saya.”

Sepanjang karier 19 musim dalam semua kategori, Dovizioso menjuarai 25 perlumbaan, 20 petak utama dan 103 kedudukan podium.

Dovizioso 'cuti' panjang musim depan 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo