Infotainment

Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti

Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti

Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti 1

Kini Trending

Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti

Di Facebook, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Dr Zulkifli berkongsi kiriman e-mail yang menarik perhatiannya. Difahamkan, e-mail tersebut dikirimkan oleh seorang ayah yang mahu anaknya diterima belajar di sebuah institusi pengajian tinggi awam susulan keputusan peperiksaan SPM anaknya itu cemerlang.

Namun, lebih menyentuh hati apabila dimaklumkan pelajar berkenaan kini sedang menghidap penyakit ‘nephrotic syndrome’.

Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti 4

Kredit foto: Jabatan Perdana Menteri

Si bapa turut memohon agar Dr Zulkifli mendoakan kesembuhan anak lelakinya yang menghidap nephrotic syndrome. Ini merupakan satu sindrom klinikal yang menunjukkan ciri-ciri seperti muka sembab, dan bengkak anggota badan yang disebabkan terdapat gumpulan darah beku di dalam salur darah anggota badan.

Masih di pejabat, menyelesaikan beberapa tugasan, mesyuarat dan menyemak timbunan dokumen. Saya banyak menerima E-mail daripada orang ramai, namun e-mail ini menarik perhatian saya. Seorang ayah mengirimkan e-mail kepada saya dan meminta saya mendoakan anakandanya disembuhkan daripada penyakit “nephrotic syndrome” dan diterima masuk ke UiTM Shah Alam.

Beliau juga ada mengepilkan keputusan SPM anakanda beliau. Subhanallah. Bijak orangnya. Moga Allah SWT mengabulkan semua hasrat En. Raja Azman. Seorang ayah, pasti sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya. Biasanya lelaki yang bergelar ayah tidak semahir ibu dalam menzahirkan kasih sayang kepada anak-anak.

Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti 6

Selain itu, Dr Zulkifli juga menyifatkan pengorbanan seorang ayah yang menginginkan kejayaan buat anaknya. Si ayah sanggup buat apa sahaja asalkan anaknya itu diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran di peringkat seterusnya.

Malah, dalam kiriman e-mail tersebut juga disertakan dengan salinan keputusan SPM pelajar berkenaan yang telah memperolehi 10A dan 1B.

Tapi percayalah, dia sentiasa berusaha semampu mungkin untuk kebahagiaan anak-anaknya. Riak wajahnya mungkin tegas, tetapi siapa tahu berapa kali hatinya ‘menangis’ untuk memastikan anak-anaknya berjaya. E-mail ini membuktikan kasih seorang ayah. Pakcik sentiasa doakan anakanda Raja Muhammad Ameir Nabil. Jangan lepaskan genggaman tangan ibu dan ayah, walaupun anakanda sudah jauh di puncak suatu hari nanti.

Sumber: Datuk Dr Zulkifli


Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti 8

The following two tabs change content below.



Dr Zulkifli Tersentuh Terima Kiriman E-mail Seorang Bapa Minta Doakan Anak Sakit Diterima Masuk Universiti 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo