Artikel Terkini

Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi, kata Zambry

Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi, kata Zambry
Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi, kata Zambry 1

Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi, kata Zambry
Zambry Abd Kadir berkata perjanjian itu akan ditandatangani selepas semua parti terlibat berpeluang meneliti kandungan dokumen tersebut.

PUTRAJAYA: Draf akhir perjanjian gabungan antara parti dalam kerajaan perpaduan akan siap tidak lama lagi, kata Menteri Luar Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata, beberapa perbincangan diadakan berkaitan perjanjian itu dan ia akan ditandatangani semua parti terlibat tidak lama lagi.

“Adalah amat penting perjanjian gabungan ini untuk semua parti politik bersama sebagai satu pasukan, ia amat penting.

“Kita perlu menjaga setiap rakan dalam kerajaan gabungan ini,” katanya dalam sidang media.

Zambry yang setiausaha agung Barisan Nasional (BN) berkata, perjanjian itu akan ditandatangani selepas semua parti terlibat berpeluang untuk meneliti kandungan dokumen tersebut.

Beliau enggan mendedahkan kandungan perjanjian itu tetapi berkata ia akan diberitahu kelak.

Kerajaan perpaduan dianggota Pakatan Harapan, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ia diketuai Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang turut mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada Muda, Warisan, Parti Bangsa Malaysia (PBM), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan dua bebas.


Draf akhir perjanjian gabungan tak lama lagi, kata Zambry 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo