Infotainment

“Duit Banyak, Rumah Besar, Tak Boleh Bawa Mati Pun”

"Duit Banyak, Rumah Besar, Tak Boleh Bawa Mati Pun" 2

Mengakui sebelum ini terlalu hanyu dengan dunia, pelakon Amar Baharin berkata ada hikmah di sebalik pandemik Covid-19 melanda dunia sekaligus mendekatkan dirinya dengan agama.

Amar berkata selama ni dia terlalu sibuk mengejar hal dunia, namun berikutan Covid-19 berlaku, dia dapat meluangkan masa melakukan ibadah.

BACA: Ditegur Biarkan Anak Berambut Panjang, Amar Baharin Ada Sebab Tersendiri

“Ada hikmah Covid-19 melanda dunia. Buat saya, selama ini terlalu kejar dunia. Solat selalu tinggal sebab sibuk dengan kerja. Amalan lain jangan ceritalah. Memang ke laut.

“Sekarang ini, tinggal solat rasa dosa besar sangat. Lambat sikit tunaikan solat rasa tak senang duduk. Insya-Allah, saya harap dapat istiqamah begini sampai saya mati,” katanya.

Sejak kebelakangan ini dilihat sering berkongsi posting menghafaz Al-Quran, Amar berkata untuk mengakui proses perubahan yang sedang dilaluinya kini sebagai satu hijrah.

“Ada orang dua tiga hari sertai aktiviti tabligh, terus kata diri sudah berhijrah, pakai serban dan sebagainya. Tapi, itu terpulang.

“Kadang-kadang, saya malu untuk mengaku apa yang sedang berlaku dalam hidup sekarang adalah satu hijrah. Saya hanya nak jadi manusia yang lebih baik dan semoga Allah tetapkan iman saya.

“Semakin saya berusia, semakin saya sedar yang dunia ini hanya sementara. Duit banyak-banyak, kereta dan rumah besar, semua itu tak boleh bawa mati pun,” katanya.



"Duit Banyak, Rumah Besar, Tak Boleh Bawa Mati Pun" 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo