Berita

Edgenta UEMS tawar khidmat saringan Covid-19

Edgenta UEMS tawar khidmat saringan Covid-19 1

Edgenta UEMS tawar khidmat saringan Covid-19 2

ANAK syarikat UEM Edgenta Bhd (UEM Edgenta) bahagian Sokongan Penjagaan Kesihatannya, Edgenta UEMS Sdn Bhd (Edgenta UEMS), menawarkan kemudahan ujian saringan Covid-19 yang diluluskan Kementerian Kesihatan (KKM) kepada perniagaan dan individu.

UEM Edgenta dalam kenyataan berkata, perkhidmatan ujian saringan menawarkan pilihan penyelesaian yang mudah dan diyakini membolehkan pelanggan memilih sama ada membuat ujian saringan menerusi perkhidmatan pandu lalu di Petaling Jaya atau ke pusat saringan.

Waktu operasi perkhidmatan pandu lalu itu adalah dari jam 9 pagi hingga 4 petang, hari Isnin hingga Sabtu.

“Pelanggan boleh mengatur janji temu untuk hadir ke pusat saringan berdasarkan ketersediaan pasukan yang menyediakan kemudahan itu.

“Melangkah ke hadapan dalam norma baharu ini, ujian saringan Covid-19 akan menjadi aspek penting dalam kehidupan kita sepanjang penularan pandemik berkenaan,” katanya.

Perniagaan dan individu boleh memilih satu daripada dua jenis prosedur ujian saringan iaitu ‘Rapid Test Kit’ (RTK) yang dilakukan pada sampel darah untuk mengesan kehadiran antibodi terhadap koronavirus dan bukan virus, atau ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) yang ia diiktiraf sebagai ‘Gold Standard’ oleh KKM untuk ujian saringan Covid-19.

“Keputusan ujian saringan RTK akan diperoleh dalam tempoh 45 minit sementara keputusan ujian PCR akan mengambil masa sehingga 48 jam,” katanya.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, Edgenta UEMS menyediakan kemudahan kepada perniagaan untuk memanfaatkan kepakaran syarikat itu dalam perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan.

“Ujian saringan Covid-19 yang dilakukan secara menyeluruh dan berpandukan protokol keselamatan yang ketat adalah strategi yang terbukti untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

“Syarikat mengambil peluang ini untuk memperluas penawaran perkhidmatan ujian saringan berikutan peningkatan kes positif di Lembah Klang baru-baru ini.

“Ia bagi membantu negara menghadapi kebiasaan baharu dengan lancar, memastikan kehidupan yang sejahtera kepada individu dan keluarga mereka,” katanya.

Edgenta UEMS tawar khidmat saringan Covid-19 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo