Berita

Faham resah rakyat | Harian Metro

Faham resah rakyat | Harian Metro 2

PELANCARAN visi dan misi baharu Bank Rakyat berupaya mengukuhkan lagi komitmen institusi itu dalam membantu memulihkan kesejahteraan ekonomi anggota, pelanggan dan negara yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif itu amat bertepatan dan bersesuaian selepas melihat kesan dialami golongan seperti usahawan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan koperasi yang terjejas.

“Amat penting agensi kerajaan termasuk instusi perbankan memahami permasalahan serta keresahan masyarakat dan bertindak pantas melindungi golongan terjejas terutama golongan B40 selain menjamin kelangsungan perniagaan serta sosioekonomi negara.

“Sekarang kerajaan membenarkan aktiviti perniagaan, jadi gerak kerja, tindakan dan pemikiran mesti berubah kepada lebih berkesan, efisien dan impak membantu rakyat ke arah mesra pelanggan bagi membantu mereka menghadapi kesulitan ini.

“Saya sebagai menteri dan memimpin negara ini berharap Bank Rakyat memainkan peranan kritikal membantu golongan ini termasuk mengurangkan kerenah birokrasi dan sebagainya supaya ekonomi cepat pulih,” katanya pada majlis Pelancaran Visi dan Misi Baharu Bank Rakyat di Menara Kembar Bank Rakyat yang disiarkan secara langsung maya, semalam.

Wan Junaidi turut mengumumkan pelantikan pemangku Pengerusi Bank Rakyat Datuk Abdul Rani Lebai Jaafar secara rasmi sebagai Pengerusi Bank Rakyat selama dua tahun berkuat kuasa 1 Januari ini.

Beliau berkata, visi dan misi baharu itu memastikan kelangsungan jaminan akses kewangan 100 peratus patuh syariah kepada usahawan, koperasi, PKS serta syarikat perniagaan yang memerlukan untuk mengembangkan perniagaan mereka dalam persekitaran ekonomi yang mencabar susulan penularan pandemik Covid-19.

“Saya berpendapat misi baharu ini adalah terbaik dan bersesuaian dengan mandat Bank Rakyat dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi anggota dan pelanggannya dengan menyediakan solusi perbankan yang efektif dalam memberi nilai tambah dan impak positif kepada komuniti serta pihak berkepentingan Bank Rakyat.

“Di samping itu, saya juga yakin dengan pelancaran visi dan misi baharu ini, Bank Rakyat terus memperkasakan mandat kerajaan dalam memastikan rakyat mendapat akses perbankan yang menyeluruh terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Faham resah rakyat | Harian Metro 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo