Berita

FGV tingkat keluar bahan tanaman

FGV tingkat keluar bahan tanaman 2

Kuala Lumpur: FGV Holdings Bhd (FGV) akan meningkatkan pengeluaran bahan tanaman pisang, buluh, kelapa dan padi tahun ini untuk memenuhi permintaan domestik yang semakin bertambah bagi aktiviti pertanian tanaman.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Haris Fadzilah Hassan berkata, peningkatan permintaan pelanggan menunjukkan kemampuan FGV dalam menawarkan pelbagai produk berkualiti tinggi melalui penyelidikan kultur tisu secara mendalam, infrastruktur penyelidikan dan pembangunan yang canggih serta pengalaman lebih 50 tahun dalam penyelidikan klon.

“Penggunaan bahan tanaman yang betul antara faktor utama yang menentukan kejayaan pengeluaran tanaman secara komersial,” katanya dalam kenyataan.

Menerusi kenyataan itu, FGV menjelaskan pihaknya menyasar meningkatkan varieti klon pisang kepada dua juta tahun ini, sekali ganda daripada satu juta klon pisang yang dihasilkan pada 2020 untuk memenuhi peningkatan permintaan bagi spesies berangan, cavendish dan tanduk.

Bagi bahan tanaman klon buluh, pengeluaran spesis buluh Betong disasarkan sebanyak satu juta menjelang 2022 daripada jumlah semasa sebanyak 200,000, jelasnya.

FGV menjelaskan Betong adalah sejenis buluh yang paling terkenal secara komersial kerana kepelbagaian fungsi, antaranya sebagai bahan asas untuk pembinaan, pemuliharaan tanah dan kawalan hakisan.

Haris Fadzilah berkata, dengan pengeluaran komersial buluh Betong, Pusat Inovasi FGV di Enstek, Negeri Sembilan menjadi makmal kultur tisu tanaman pertama di Malaysia yang berjaya menghasilkan anak benih klon buluh Betong secara besar-besaran.

Selain Betong, penyelidikan klon FGV juga menyasar untuk menghasilkan bahan tanaman klon buluh baharu varieti Semantan menjelang 2022.

Buluh Semantan dapat ditanam di seluruh Malaysia dan kegunaannya termasuk sebagai bahan asas untuk papan partikel, kraftangan dan aplikasi seperti penyepit makanan, pencungkil gigi dan lidi sate, menurut syarikat itu.

FGV turut akan menambahkan pengeluaran bahan tanaman kelapa Pandan sebanyak 70,000 pada tahun ini, peningkatan sebanyak 20,000 daripada angka pada 2020.

Selain spesies Pandan, sebanyak 200,000 anak benih kelapa Mataq juga akan dihasilkan menjelang 2025 selepas kebun benih kelapa seluas 50 hektar, yang terletak di Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak di Jerantut, Pahang mencapai tempoh matang, jelas FGV.

Bagi bahan tanaman padi pula, FGV sudah memulakan penanaman kebun benih padi wangi MRQ76 seluas 28 hektar tahun lepas di Sungai Leman, Selangor dan Seberang Perak, Perak.

“Benih MRQ76 yang ditanam dan dituai pada Disember 2020 dan Januari 2021 akan digunakan untuk memulakan skim penanaman kontrak padi wangi ‘fortified field’ FGV seluas 350 hektar, di bawah Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) di Seberang Perak dan IADA Barat Laut, Selangor pada Mac 2021,” menurut syarikat itu.

Haris Fadzilah berkata, FGV juga menawarkan perkhidmatan pengklonan kontrak untuk menghasilkan pelbagai bahan tanaman yang lain secara besar-besaran mengikut keperluan projek pertanian pelanggan atau penanaman ladang mereka.

“Bahan tanaman yang boleh diklon termasuk tanaman yang mempunyai nilai komersial dan sesuai untuk pembiakan mikro ‘in-vitro’. Antara bahan tanaman baharu yang memiliki nilai pasaran tinggi termasuk Vanila dan Guarana,” katanya.

FGV tingkat keluar bahan tanaman 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo