Berita

Finas siasat syarikat produksi jalani penggambaran

Finas siasat syarikat produksi jalani penggambaran 2

Kuala Lumpur: Sebuah syarikat produksi yang sedang menjalani penggambaran program TV di kawasan Gombak kini dalam siasatan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana didakwa tidak memiliki lesen Finas, Surat Perakuan Penggambaran (SPP), SPP Khas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP).

Pengarah Bahagian Penguatkuasa dan Perlesenan Finas, Norzilawati Yahya ketika dihubungi mengesahkan perkara terbabit dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Perkara ini masih dalam siasatan sebab ia baru lagi. Kami tidak boleh dedahkan semua. Apa saya boleh katakan, memang ada pemantauan dibuat sekitar jam 9 malam tadi di lokasi penggambaran program TV berkenaan di Gombak.

“Sepanjang pelaksanaan PKP ini, pasukan penguat kuasa Finas memang turun padang setiap hari di kawasan Lembah Klang termasuk jika mendapat laporan. Ia dijalankan di bawah akta dan peraturan Finas. Malah, sepanjang PKP ini juga pasukan kami bekerjasama dengan polis membuat pemeriksaan.

“Namun, tidak pasti selepas ini siasatan diserahkan kepada siapa. Apa saya boleh cakap, pemeriksaan semalam di bawah bidang Finas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Ahmad Idham ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

“Saya memang dimaklumkan ada pasukan Finas ke lokasi penggambaran itu dan mereka mendapati syarikat produksi terbabit tidak mempunyai lesen dan SPP untuk penerbitan,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Finas siasat syarikat produksi jalani penggambaran 2
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo

    Source link
    kontraktor rumah
    bina rumah
    pinjaman lppsa
    pengeluaran kwsp
    spesifikasi rumah
    rumah ibs
    pelan rumah
    rekabentuk rumah
    bina rumah atas tanah sendiri
    kontraktor rumah selangor
    rumah banglo