Infotainment

Frontliner Kecewa Ramai Keluar Sambut Tahun Baru Ketika Pandemik Di Paras Tertinggi

Frontliner Kecewa Ramai Keluar Sambut Tahun Baru Ketika Pandemik Di Paras Tertinggi 2

2020 telah pun selamat meninggalkan kita sejak beberapa hari yang lalu setelah memberikan pelbagai detik dan peristiwa yang pasti tidak akan dapat dilupakan-seperti penularan pandemik COVID-19 dan beberapa siri perintah kawalan pergerakan yang pertama kalinya berlangsung dalam sejarah negara kita.

Namun begitu, tatkala pandemik masih lagi berada di paras bahaya dan pelbagai saranan diberikan pihak berkuasa untuk menghentikan penularan, masih terdapat segelintir dalam kalangan kita yang mengambil sikap tidak bertanggungjawab dan memutuskan untuk keluar ke tempat awam dan menyambut tahun baru.

Perkara berkenaan walaupun nampak remeh namun ianya mungkin memberikan kesan terhadap mereka yang bertungkus lumus dalam usaha berhadapan dengan wabak ini seperti petugas kesihatan yang tular di media sosial baru-baru ini selepas meluahkan kekecewaannya dengan sikap orang ramai.

Dalam hantaran berkenaan beliau berkongsikan luahan dan gambar kesesakan lalu lintas sewaktu dalam perjalanan mengambil pesakit yang difahamkan telah positif COVID-19. Ironinya, kesesakan yang berlaku itu ketika menjelang tahun baru di mana orang ramai-ramai dilihat berpusu-pusu untuk keluar rumah. 

Situasi berkenaan sekaligus memberikan bayangan orang ramai seakan-akan tidak menghiraukan bilangan kes COVID-19 dalam negara yang semakin meningkat setiap hari dan berada dalam paras bahaya dengan keluar untuk menyambut tahun baru di tempat-tempat awam.

Ciapan luahan yang menunjukkan situasi semasa masyarakat kita dalam berhadapan dengan COVID-19 itu kemudiannya tular di media sosial dan telah menerima lebih 20,000 retweet.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di ciapan berkenaan turut bersetuju dengan sikap sambil lewa segelintir masyarakat yang seakan tidak mengendahkan perkembangan semasa ketika ini.

Melihatkan kepada perkongsian dan luahan-luahan yang netizen ini maka tidak hairanlah untuk sesiapa sahaja kecewa terutama mereka yang bertungkus lumus dalam menghalang penularan wabak ini di negara kita.

Walaupun mungkin ada yang mempertahankan mereka-mereka yang menyambut tahun baru ini mengamalkan SOP dan sebagainya namun ia masih secara tidak langsung boleh mendedahkan orang ramai kepada jangkitan COVID-19 ini.

Baca juga perkongsian semasa di media sosial yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah. 

‘Denda Terus Satu Flat’- Netizen Kongsi Cadangan Banteras Isu Pembuangan Sampah

Permaisuri Agong Murka Akaun Instagram Ubah Suai Dan Hina Gambar Agong

Mungkinkah ‘Kotak Berhantu’ Ini Jadi Penyebab PrinceMeed Diganggu Entiti Misteri?




Frontliner Kecewa Ramai Keluar Sambut Tahun Baru Ketika Pandemik Di Paras Tertinggi 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo