Infotainment

Gara-Gara Mahu Wajibkan Penumpang Ambil Vaksin, Qantas Airways ‘Diserang’ Golongan Antivaksin

Gara-Gara Mahu Wajibkan Penumpang Ambil Vaksin, Qantas Airways ‘Diserang’ Golongan Antivaksin 1

Umum tahu industri penerbangan terjejas dengan teruk sejak pandemik COVID-19 menyerang dunia. Kehadiran wabak ini sekaligus membuatkan orang ramai tidak lagi terbang ke luar negara bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak merbahaya ini.

Sebagai usaha awal untuk merancakkan semula industri penerbangan, Qantas Airways mengambil inisiatif untuk bakal mewajibkan penumpang destinasi antarabangsa mengambil vaksin COVID-19 sebelum menaiki penerbangan syarikat ini.

From 72% NO a few hours ago to 88%! Take note Scott Morrison and Qantas!Go vote on their STORY on INSTA – https://instagram.com/acurrentaffair9?igshid=9lvlc5o2u4gv

Posted by Reignite Democracy Australia on Monday, November 23, 2020

Meskipun sekadar cadangan, inisiatif syarikat ini nampaknya telah ditentang oleh golongan antivaksin. Berdasarkan maklum balas yang diterima Qantas Airways, para penumpang lebih rela untuk tidak melancong daripada diarah untuk mengambil vaksin.

Lebih mengejutkan Qantas Airways, sejumlah besar penumpang terdiri daripada 88% menolak cadangan untuk mendapatkan vaksin sebelum terbang ke negara luar.

Bukan itu sahaja, terdapat netizen yang memilih untuk tidak lagi terbang bersama Qantas berikutan polisi kewajipan mendapatkan vaksin sebelum terbang. Menurutnya, pemilihan untuk mendapatkan vaksin tidak seharusnya diwajibkan kerana wabak ini mempunyai kadar kelangsungan hidup setinggi 99%.

Alan-Joyce_Qantas

Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce. Sumber: KarryOn

Setakat ini, cadangan Qantas Airways masih lagi dalam peringkat awal. Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Alan Joyce meramalkan peraturan untuk mewajibkan penggunaan vaksin bakal menjadi amalan standard di serata dunia memandangkan kerajaan dan syarikat penerbangan sedang mempertimbangkan penggunaan pasport vaksin elektronik.

Sebelum ini WHO memaklumkan wabak COVID-19 tidak akan hilang meskipun dengan adanya vaksin.

WHO Kata Walaupun Ada Vaksin, COVID-19 Tidak Akan Hilang

Kes COVID-19 Warga Asing Naik Mendadak, Rakyat Malaysia Mahu Top Glove Bertanggungjawab




Gara-Gara Mahu Wajibkan Penumpang Ambil Vaksin, Qantas Airways ‘Diserang’ Golongan Antivaksin 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo