Berita

Guna WhatsApp sebar maklumat skim tanaman semula sawit

Guna WhatsApp sebar maklumat skim tanaman semula sawit 1

Guna WhatsApp sebar maklumat skim tanaman semula sawit 2

Sepang: Maklumat berkaitan Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) perlu disebarluaskan kepada semua pekebun kecil supaya golongan terbabit dapat memanfaatkannya.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, skim lain iaitu Skim Pinjaman Mudah Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS) juga mesti disebarkan sehingga kepada orang kampung yang mengusahakan sawit sebagai sumber pendapatan.

“Kita mesti gunakan semua platform komunikasi yang ada, dan yang paling mudah ketika ini ialah WhatsApp kerana hampir seluruh rakyat Malaysia menggunakan komunikasi kaedah itu.

“Jika pekebun kecil yang mempunyai kebun sawit tidak menggunakan telefon pintar, pastinya anak atau saudara-mara mereka menggunakannya dan boleh menyampaikan maklumat berkaitan skim itu kepada mereka,” katanya selepas menyampaikan sumbangan dari rumah ke rumah kepada keluarga miskin yang mengusahakan kebun sawit di Kampung Hulu Teris, Sungai Pelek semalam.

TSPKS dan IPPKS adalah skim membantu meringankan beban kewangan pekebun kecil persendirian untuk melaksanakan penanaman semula sawit dan membantu memperoleh input pertanian dengan penggunaan benih yang disahkan serta baka berkualiti.

Selain itu, skim itu juga dapat membantu pekebun kecil meningkatkan hasil buah tandan segar (BTS) dan seterusnya meningkatkan pendapatan pekebun kecil sawit.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin berkata, kebanyakan pekebun kecil di kampung berkenaan mewarisi kebun sawit peninggalan tinggalan orang tua mereka.

Selain itu, katanya, pokok sawit yang juga sebahagiannya sudah tua dan perlu ditanam semula.

“Rata-rata mereka mewarisi kebun sawit tinggalan orang tua seluas satu hingga tiga ekar (sehingga 1.2 hektar) setiap seorang di samping rumah pusaka yang uzur.

“Sebahagiannya masih mengusahakan sawit sebagai sampingan saja. Tapi mereka ceria apabila sawit semakin tinggi harganya ketika ini,” katanya.

Guna WhatsApp sebar maklumat skim tanaman semula sawit 2

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo