Infotainment

Hadapi Masalah Suara, Nabila Razali Terkena Buatan Orang?

Hadapi Masalah Suara, Nabila Razali Terkena Buatan Orang? 2

Mengesahkan akan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) dijangka berlangsung Februari depan, pasti ramai tidak sabar menantikan persembahan Nabila Razali membawakan lagunya Peluang Kedua di pentas besar itu.

Dalam pada itu, Nabila yang mengalami masalah peti suara perlu berehat dalam jangka masa yang panjang supaya keadaan suara boleh kembali seperti sedia kala. Malah, dia juga tidak dibenarkan bercakap dengan nada tinggi dan terpaksa menolak tawaran berlakon.

BACA: Hael Husaini Sahkan Nabila Razali Bakal Beraksi Di AJL35

“Doktor menasihatkan saya berehat untuk suatu tempoh yang lama. Walaupun kecederaan yang saya alami tidak begitu serius iaitu ada ketulan kecil pada peti suara.

“Namun, doktor menyarankan saya berehat dan mengurangkan penggunaan suara. Saya tidak dibenarkan menggunakan nada tinggi ketika bercakap,” katanya.

Dalam pada itu, Nabila mengakui pernah terdetik dalam hatinya penyakitnya itu ada kaitan dengan sesuatu yang mistik. Namun, dia percaya mungkin sudah ditakdirkan untuk dia mendapat rehat yang cukup.

“Tipulah kalau perkara itu tidak terlintas dalam fikiran. Tapi saya tak mahu menggalakkan diri membiarkan pemikiran sebegitu sebagai punca setiap kali saya ditimpa musibah. Tidak mahu orang kata saya terlalu percaya kepada tahyul.

“Lagipun, saya bukan sesiapa untuk perkara seperti itu terjadi. Mungkin sudah ditakdirkan untuk saya berehat sebentar kerana sebelum ini saya tidak cukup rehat. Saya banyak bermuhasabah diri apabila mengenangkan aset saya terganggu,” katanya.



Hadapi Masalah Suara, Nabila Razali Terkena Buatan Orang? 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo