Infotainment

Haqiem Rusli Teringin Nak Berlakon, Tapi Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita

Haqiem Rusli Teringin Nak Berlakon, Tapi Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita 2

Ramai penyanyi sebayanya terjun ke dalam bidang lakonan, penyanyi dan komposer Haqiem Rusli menyatakan hasrat teringin untuk berlakon namun mempunyai prinsip tidak akan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Menurut Haqiem keinginan untuk berlakon tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor dan mahu mencuba sesuatu yang berbeza selain menyanyi sahaja.

BACA: Netizen Kagum Haqiem Rusli Curi Masa Solat Dulu Sebelum AME2020

“Selain menyanyi, saya sebenarnya teringin nak berlakon filem. Cuma, belum diberikan lagi peluang itu. Keinginan (berlakon) ini tercetus selepas berborak dengan Datuk Rosyam Nor selepas persembahan kami di Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) yang lalu.

“Mendengar sendiri pengalaman beliau, membuatkan saya mahu berlakon pula. Saya mahu tunjukkan sisi berbeza diri yang bukan sekadar seorang penyanyi sahaja.

“Bagaimanapun, sekiranya membabitkan babak seperti berpegangan tangan dengan pelakon wanita, saya takkan buat. Saya akan berjuang untuk perkara itu disebabkan mahu mengekalkan prinsip diri saya,” katanya.

Dalam pada itu, Haqiem mendedahkan dia ada menghubungi pengarah, Syamsul Yusof berkenaan peluang untuk berlakon. Ujarnya dia memilih Syamsul kerana sangat suka dengan hasil karya pengarah itu.

“Seperti baru-baru ini, saya ada hubungi Syamsul untuk menawarkan diri berlakon dalam nada bergurau. Mana tahu, hajat saya kesampaian. Syamsul pun kata nak bagi peluang, tapi tak pastilah jika dia sebenarnya serius. Namun, saya memang nak.

“Saya pilih Syamsul kerana memang suka dengan filem-filemnya dan berhasrat juga nak bekerja dengan dia. Bagi saya, dia sangat santai dan senang berborak berbanding takut pula jika berbual dengan pengarah lain yang lebih senior,” katanya.



Haqiem Rusli Teringin Nak Berlakon, Tapi Tak Nak Sentuh Pelakon Wanita 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo