Berita

Honda City Serba Baharu catat 9,000 tempahan


HONDA Malaysia mengumumkan Honda City Serba Baharu generasi kelima mencatatkan hampir 9,000 tempahan sejak dilancarkan pada Oktober lalu.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Toichi Ishiyama berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,400 unit sudah diserahkan kepada pembeli dengan peningkatan tempahan sebanyak 80 peratus dalam tempoh sebulan.

“Untuk ketiga-tiga pilihan, varian V paling laris dengan sumbangan sebanyak 54 peratus daripada jumlah tempahan yang didahului dari wilayah tengah sebanyak 44 peratus, utara (22 peratus) dan selatan (19 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutya, model Honda City Serba Baharu ini turut diterima baik terutama dari golongan pekerja, eksekutif muda dan yang baru bekeluarga di mana mereka mengambil peluang tawaran harga terbaik menerusi insentif pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun.

Empat varian ditawarkan terdiri daripada City RS e:HEV, V, E dan S untuk enjin petrol dengan 1.5L DOHC i-VTEC baharu dengan kuasa 121PS dan tork maksimum 145Nm.

Untuk pasaran Malaysia Honda City Serba Baharu dijual pada harga RM74,191 (S), RM81,664 (E) dan RM86,561 (V) di mana semua harga atas jalan dengan pengecualian cukai jualan sehingga Disember 2020.



Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo