Artikel Terkini

Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce

Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce 1

Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce 2

Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 10 Jun 2020, ibu pejabat AKPK serta Cawangan Kuala Lumpur akan beroperasi di pejabat baharu di Menara Bumiputra Commerce, masing-masing di tingkat 6 dan 5. Alamat lengkap pejabat baharu adalah seperti berikut:

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Tingkat 5 dan 6
Menara Bumiputra Commerce
Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur

Cawangan AKPK yang lain di seluruh negara masih beroperasi di pejabat mereka masing-masing. Sila rujuk laman web rasmi kami, akpk.org.my, untuk alamat dan maklumat perhubungan yang lain.

Perpindahan ibu pejabat dan Cawangan Kuala Lumpur AKPK mulanya dijadualkan pada bulan April, dan kemudian ditunda berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada bulan Mac. Perpindahan ini bertujuan untuk memberikan lebih banyak kemudahan kepada pelanggan berikutan permintaan yang dilihat semakin meningkat untuk perkhidmatan kami.

Sungguhpun begitu, pada waktu Perintah Pengendalian Gerakan Bersyarat ini, dan waktu peralihan kepada norma baharu, kami masih menggalakkan pelanggan membuat pertanyaan secara dalam talian melalui platform berikut:
a) Borang dalam talian melalui pautan:
https://www.surveymonkey.com/r/98PKDP6 or http://bit.ly/AKPKdmp2020,
atau melalui kod QR di bawah:

Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce 3
Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce 7

b) Portal pelanggan (untuk pelanggan sedia ada) atau Portal Pendidikan Kewangan (berkenaan pendidikan kewangan).

Kaunselor/pegawai kami akan menghubungi anda selepas pertanyaan dalam talian dihantar.

Di samping pertanyaan dibuat secara dalam talian, semua sesi kaunseling pula dibuat melalui telefon waktu ini.

Sebarang pengemaskinian berkenaan operasi AKPK akan diumumkan selepas pengumuman rasmi pihak berwajib.

Kami berterima kasih atas kesefahaman dan kerjasama anda.

AKPK – Esok Yang Lebih Baik Untuk Malaysia

Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce 4
Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce 5

Ibu Pejabat AKPK Serta Cawangan Kuala Lumpur Akan Berpindah Ke Menara Bumiputra Commerce 2

Source link