Infotainment

Illegear IONIC Touch Ialah Komputer Riba Produktiviti Nipis Dan Ringan Yang Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake

Illegear IONIC Touch Ialah Komputer Riba Produktiviti Nipis Dan Ringan Yang Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake 2

Illegear IONIC diperkenalkan pada tahun lepas sebagai sebuah komputer riba produktiviti nipis dan ringan dikala waktu rakyat Malaysia semakin mencari peranti produktiviti di rumah yang cukup berkuasa untuk melakukan tugasan-tugasan pejabat harian di rumah.

Hari ini, Illegear memperkenalkan kemaskini kepada model komputer riba tersebut dimana ia bukan sahaja hadir dengan kemaskini rekaan tetapi juga spesifikasi dalaman yang berkuasa. Dinamakan Illegear IONIC Touch, ini adalah komputer riba produktiviti Illegear pertama yang hadir dengan sokongan sesentuh.

Ionic Touch

Hadir dengan rangka aluminum penuh, IONIC Touch ini dilengkapi dengan paparan IPS bersaiz 15.6 inci dengan resolusi Full HD yang mempunyai nilai kecerahan 450nit dan juga gamut warna sRGB 100 peratus.

Komputer riba ini hadir dengan dua pilihan CPU Intel Core i5-1135G7 dan Intel Core i7-1165G7 dengan pilihan memori DDR4 sebanyak 8GB ataupun 16GB dan slot storan SSD M.2 yang boleh dimuatkan didalamnya.

Illegear IONIC Touch Ialah Komputer Riba Produktiviti Nipis Dan Ringan Yang Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake 3

Dari segi rekaan komputer riba ini, selain daripada menggunakan logam aluminum untuk rangkanya, paparan skrin IONIC Touch ini juga hadir dengan ciri sesentuh 10 jari dan mempunyai bingkai nipis supaya ia mempunyai rekaan padat walaupun dengan paparan bersaiz 15.6 inci.

Dari segi berat dan ketebalan, IONIC Touch hanyalah senipis 14.9mm dan mempunyai berat 1.6kg. Ia juga hadir dengan sejumlah palam I/O termasuklah satu palam USB 3.2 Type-A, dua palam USB Thunderbolt 4 dan satu palam HDMI 2.0b yang boleh disambungkan kepada paparan dengan resolusi 4K.

Illegear IONIC Touch Ialah Komputer Riba Produktiviti Nipis Dan Ringan Yang Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake 4

Jika anda berminat untuk memiliki Illegear IONIC Touch ini, model dengan CPU Intel Core i5 hadir pada harga RM4899, manakala model dengan CPU Intel Core i7 berharga RM5699. Illegear turut hadir dengan promosi “Back To School” dimana mereka menawarkan penambahbaikan percuma seperti pemasangan storan SSD sebesar 512GB, pemasangan thermal paste dan penentukuran paparan.

Jika anda berminat untuk mengenali lebih lanjut mengenai komputer riba ini, anda boleh melayari laman web Illegear IONIC Touch.

Illegear IONIC Touch Ialah Komputer Riba Produktiviti Nipis Dan Ringan Yang Dikuasakan CPU Intel Tiger Lake 2
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo