Infotainment

India Mahu Menjadi Lokasi Pengeluar Semikonduktor Besar Seterusnya

India Mahu Menjadi Lokasi Pengeluar Semikonduktor Besar Seterusnya
India Mahu Menjadi Lokasi Pengeluar Semikonduktor Besar Seterusnya 1

Syarikat-syarikat semikonduktor terkenal seperti Intel, TSMC, Samsung, GlobalFoundries dan sebagainya kebelakangan ini dilihat telah mula mengembangkan syarikat-syarikat mereka dengan membuka kilang pengeluar cip semikonduktor di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat dan benua Eropah.

India nampaknya bersedia untuk menjadi salah satu kuasa besar pengeluar semikonduktor juga, dengan kerajaan negara tersebut sudahpun memulakan perbincangan dengan syarikat-syarikat seperti Intel, GlobalFoundries dan TSMC.

India Mahu Menjadi Lokasi Pengeluar Semikonduktor Besar Seterusnya
India Mahu Menjadi Lokasi Pengeluar Semikonduktor Besar Seterusnya 6

Individu disebalik projek ini ialah Rajeev Chandrasekhar, yang merupakan Menteri Teknologi dan Keusahawanan negara tersebut. Beliau juga sebelum ini merupakan bekas jurutera di Intel, dan pengetahuannya mengenai industri pembuatan cip semikonduktor dilihat akan membantu negara tersebut di meja perbincangan.

Isu paling utama untuk India merumahkan kilang-kilang ini hadir dari segi bekalan tenaga dan air banyak yang diperlukan. Perkhidmatan logistik yang rumit juga merupakan salah satu kesukaran yang akan dihadapi untuk membawa masuk dan memasang mesin-mesin yang diperlukan oleh kilang-kilang ini.

Menariknya, Foxconn dilihat telah menandatangani perjanjian dengan Vedanta Group di India untuk membuka kilang semikonduktor di negara tersebut. Permulaan ini dilihat akan menjadi contoh baik kepada syarikat-syarikat semikonduktor lain yang samada negara tersebut sesuai untuk menjadi lokasi pengeluar semikonduktor besar yang seterusnya.

India Mahu Menjadi Lokasi Pengeluar Semikonduktor Besar Seterusnya 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo

Back to list