Infotainment

‘Ingatkan Semua Percuma’- Pelanggan Borong Barang Bukan Food Bank Buat Pemilik Kedai Tergamam

‘Ingatkan Semua Percuma’- Pelanggan Borong Barang Bukan Food Bank Buat Pemilik Kedai Tergamam

‘Ingatkan Semua Percuma’- Pelanggan Borong Barang Bukan Food Bank Buat Pemilik Kedai Tergamam 1


Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Ketika ini, ramai rakyat yang memerlukan bantuan dari segi barang keperluan harian dan juga kewangan. Oleh itu, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Pusat bekalan makanan atau food bank yang tumbuh bak cendawan di Malaysia kini bertujuan untuk membantu orang ramai mendapatkan bekalan makanan demi kelansungan hidup.

Terbaharu, pengguna Facebook Muhd Hafiz Zainuddin telah berkongsi beberapa keping gambar pelanggan kedainya yang mengambil barang keperluan seperti stok untuk sebulan.

:: adik abam hantor…Ade customer mai datang Jasa Mart Grocer amek barang macam stok untuk sebulan…Lepas daripada…

Posted by Muhd Hafiz Zainuddin on Tuesday, July 13, 2021

Menerusi perkongsian tersebut, Hafiz mengatakan pelanggan tersebut berasa hairan apabila adiknya mula mengira jumlah yang perlu dibayar pelanggan tersebut. Ini kerana, pelanggan tersebut beranggapan barangan itu ‘percuma’ selepas melihat iklan ‘food bank’ di kedai tersebut.

Tergamam dengan jawapan pelanggan tersebut, adik kepada Hafiz mengatakan bekalan makanan asas yang diberikan hanya berada di rak hadapan dan pengambilan barangan itu pun diterhadkan jumlahnya agar ramai orang turut dapat merasa.

Diharap anda diluar sana yang mengambil barang keperluan di food bank hanya mengambil apa yang diperlukan sahaja. Malah, janganlah mengambil kesempatan dengan ambil barangan secara berlebihan.

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan food bank pada pautan di bawah ini.

Pentingkan Diri, Warganet Kecam Sikap Tamak Keluarga Ini Ambil Semua Barang Di Food Bank

‘Food Bank’ Habis Diserbu Dalam Beberapa Minit, Netizen Persoal Isu Pengambilan Melebihi Keperluan



‘Ingatkan Semua Percuma’- Pelanggan Borong Barang Bukan Food Bank Buat Pemilik Kedai Tergamam 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo