Infotainment

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu!

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 1

Kini Trending

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu!

Sebentar tadi, Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz baru sahaja membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia. Bajet 2022 memperuntukkan sebanyak RM332.1 billion dan akan memfokuskan kepada 3M iaitu memulih kehidupan, membina semula daya tahan dan memangkin pembaharuan.

Artikel Berkaitan: Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sehingga RM2,000 Bakal Disalurkan Kepada Rakyat Malaysia

Artikel Berkaitan: #Bajet2022 Fokus Tumpu Kebajikan Rakyat

Pembentangan belanjawan sudah pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengetahui manfaat yang bakal diperoleh sepanjang tahun hadapan. Jadi, pihak OHBULAN! nak kongsikan tumpuan utama Belanjawan 2022 yang korang kena tahu!

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 4

Sebanyak RM8.2 bilion diperuntukkan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang bakal diterima oleh 9.6 juta penerima.. Bantuan one-off tertinggi untuk isi rumah tiga orang atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan menerima RM2,000. Sementara sebanyak RM1,500 akan diberikan kepada isi rumah yang mempunyai sehingga dua orang anak dan RM1000 kepada isi rumah yang tiada anak.

Bantuan tambahan akan diberikan kepada ibu atau bapa tunggal yang berkelayakan boleh menerima bantuan tambahan sebanyak RM500 bagi mereka yang mempunyai anak tanggungan dengan pendapatan sebanyak RM5,000. Selain itu, isi rumah warga emas juga akan menerima bantuan BKM sebanyak RM300.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 6

Sekadar gambar hiasan

Bagi agenda menangani Covid-19, merangkumi 2 bilion ringgit bagi membiayai program vaksinasi. Manakala, 2 bilion ringgit lagi akan disediakan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, PPE dan kit kesihatan.

Pada pada itu, dalam semangat Keluarga Malaysia, Kementerian Kesihatan juga telah menyumber luar ke hospital swasta dan hospital seliaan Kementerian lain bagi mengoptimumkan kapasiti kesihatan dalam negara.

Tidak berakhir di situ, pihak Kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat anti viral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk Covid-19.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 8

Bantuan awal persekolahan yang diperuntukkan sebanyak RM450 juta akan dinikmati  kira-kira 3 juta murid yang bakal menerima RM150 setiap seorang bagi sesi persekolahan tahun hadapan.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 10

Seramai 600,000 mahasiswa di seluruh negara bakal menerima manfaat Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia iaitu sebuah tablet bagi setiap pelajar golongan B40 di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Insya-Allah, seramai 600 ribu siswa-siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 12

Diskaun bayaran balik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) iaitu 15% atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, 12% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran. Manakala, 10% bayaran balik dari potongan gaji/debit mengikut jadual.

Bagi memudahkan proses bayaran balik dan memupuk sikap bertanggungjawab, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 14

Menerusi Bajet 2022 pihak kerajaan juga turut memfokuskan Jamin Kerja Keluarga Malaysia (Jamin Kerja) yang akan akan sediakan 600,000 peluang pekerjaan dengan peruntukkan sebanyak RM4.8 bilion. Insentif penggajian Jamin Kerja mensasarkan 300,000 orang dengan peruntukkan sebanyak RM2 bilion.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 16

Pihak kerajaan juga akan menanggung sepenuhnya bayaran lesen kenderaan moto bagi meringankan kos sara hidup golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 18

Menerusi bajet 2022 pihak kerajaan juga akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion bagi meneruskan projek-projek perumahan golongan berpendapatan rendah.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 20

Sekadar gambar hiasan

Sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one off menerusi akaun e-dompet kepada belia yang berusia 18 hingga 20 tahun. Insentif ini turut dinikmati pelajar sepenuh masa yang Institut Pengajian Tinggi (IPT). Bagi insentif ini, pihak kerajaaan telah memperuntukkan sebanyak RM300 juta.

Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 22

Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700 dan RM350 kepada 1 juta pesara Kerajaan dengan implikasi kewangan sebanyak 1.3 bilion ringgit.


Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 24

The following two tabs change content below.

Have courage and be kind.


Ini 10 Tumpuan Utama Yang Korang Kena Tahu! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo