Infotainment

Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar!

Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar! 1

Bercakap soal Covid-19, pasti anda semua sudah mengetahui punca dan kesannya terhadap negara, ekonomi dan masyarakat. Kedatangan wabak yang tidak diundang ini sedikit sebanyak memberi tamparan hebat kepada golongan peniaga kecil.

Dengan kehadiran virus berbahaya ini, kerajaan telah pun mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga menyebabkan mana-mana perniagaan haruslah ditutup buat sementara waktu bagi membanteras wabak ini.

Walaupun sekarang ni masih dibenarkan berniaga secara bersyarat, tapi nak jadi seperti dulu memang dah susah dah. Pelanggan pun berkurang. Situasi ini membuatkan ramai peniaga terputus bekalan kewangan sekaligus membuatkan mereka terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar! 2

Tidak hanya mampu melihat sahaja situasi sebegini menghantui masyarakat Malaysia, Kerajaan telah pun mewujudkan Geran Khas Prihatin bagi membantu usahawan dan peniaga Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang berkelayakan ini mampu membuatkan golongan ini menarik nafas lega setelah ‘berperang’ dengan situasi Covid-19 yang mengubah kitaran hidup mereka.

Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar! 3

Tamparan hebat ini juga dirasai oleh Puan Lyly Suraya yang merupakan pengusaha spa selama 3 tahun yang terletak di Langkawi, Kedah. Jika nak dibandingkan sebelum ini, perniagaan spanya mendapat perhatian ramai dan boleh dikatakan setiap bulan income yang masuk mampu buat dirinya tersenyum lebar.

“Sebelum ada virus ini, memang perniagaan saya sering dikunjungi oleh pelanggan tetap dan pelanggan baru. Tiap bulan tu, duit yang dapat boleh buat saya lega. Tapi bila munculnya wabak bahaya ini yang kita sendiri tak boleh nampak, sedikit sebanyak telah mengubah kehidupan saya sebagai pengusaha spa.”

“Jika sebelum ini saya hanya tertumpu kepada spa saya sahaja, bila ada Covid-19 saya terpaksa mencari jalan lain untuk menampung kehidupan keluarga saya. Jadi saya terpaksalah bekerja sebagai runner menghantar kuih-muih, memandangkan time PKP servis makanan mendapat kini lebih perhatian ramai.”

Dalam kami mendengar kisah Puan Lyly semasa PKP dan apa yang terjadi kepada perniagaannya, beliau sempat berterima kasih kepada Kerajaan kerana memberi perhatian terhadap golongan perniaga seperti mereka.

Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar! 4

Keadaan spa milik Puan Lyly sebelum dan selepas menerima bantuan Kerajaan

“Apa yang boleh saya katakan adalah inisiatif bantuan Geran Khas Prihatin ini mampu buat saya bangkit semula selepas perniagaan ditutup selama beberapa bulan.

“Dengan duit yang saya dapat tu, saya bangkit semula dengan upgrade spa. Saya beli katil urut yang memang sebelum ini saya nak beli dan ada lah tambah sikit-sikit barang spa saya tu. Lepastu, saya mula war-warkan kembali pembukaan spa saya melalui media sosial untuk memberitahu pelanggan yang spa saya dah mula beroperasi. Kiranya memang duit tu saya tumpu khas kepada perniagaan sahaja, sebab ni jer punca rezeki saya,” jelas Puan Lyly yang terkesan dengan wabak berbahaya ini.

Tidak hanya berhenti di situ, kami juga ada riki-riki kisah seorang penjual makanan yang sebelum ini permintaan makanan keluarannya mendapat sambutan tinggi hingga sampai menjelajah satu Malaysia. Hebat tu!

Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar! 5

Nurul Syuhada yang berasal dari Kelantan sebelum ini memang sangat gigih melakukan perniagaan menjual pelbagai jenis barangan makanan bersama suaminya. Bukan nak cakaplah, memang pernigaaannya ini mendapat permintaan yang tinggi terutamnya makanan Kelantan. Namun selepas PKP, kehidupan mereka sedikit terkesan kerana permintaan makanan Kelantan kurang mendapat sambutan.

“Saya berniaga ni sudah lama, hampir 8 tahun. Sebelum ini memang permintaan agak tinggi sehingga terpaksa dibantu oleh adik lelaki saya untuk buat servis pengeposan barangan makanan kering ni. Tapi bila timbulnya wabak ini, kami sekeluarga terkesan kerana tak dapat untuk merentas negeri.”

“Macam saya jual keropok lekor, satay ikan semua tu, semuanya kami membuat penghantaran sendiri sehingga ke Kedah pun ada. Jadi tiap bulan tu memang akan keluar negeri lah ikut permintaan pelanggan. Bila Covid-19 mula ‘menyerang’ permintaan tu ada cuma tak banyak macam selalu. Kami hanya boleh pergi ke negeri yang dibenarkan sahaja.”

“Bila tengok income, tak macam sebelum ini, kami gunakan duit bantuan Geran Khas Prihatin ini untuk membeli barangan macam pakaian harian, produk kesihatan dan ada barangan lain lagi untuk kami berniaga secara online. Jadi boleh lah tampung kehidupan kami sekeluarga dengan cara macam ini,” kata Nurul Syuhada yang juga merupakan peniaga berdaftar SSM.

Jika itu mengenai peniaga barangan mentah, kali ini kami tanya pula peniaga yang jual makanan satay yang sebelum ini menerima permintaan yang tinggi di kalangan peminat-peminatnya.

Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar! 6

Pengusaha yang ingin dikenali sebagai Helmi ini memberitahu bantuan yang diberi oleh kerajaan itu digunakannya untuk membeli barangan mentah seperti ayam, daging untuk dijadikan satay.

“Saya ada kilang yang memproses satay jadi duit yang saya dapat tu, dapatlah saya beli bahan mentah sendiri. Kiranya saya tak bergantung kepada sale kilang semata-mata lah.”

“Jadi dengan bantuan ini saya dapat meneruskan perniagaan saya seperti biasa. Dari segi permintaan satay pula memang sangat tinggi. Duit bantuan Kerajaan ini memang banyak membantu saya dalam perniagaan. Dapat juga lah saya keluarkan satay setiap hari walaupun gejala Covid-19 masih ada,” kata Helmi yang turut mempunyai gerai GoSatay yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam.

Rata-rata peniaga yang kami temubual ni, kebanyakannya berpuas hati dengan bantuan yang diberikan oleh Kerajaan. Meskipun sebelum ini mereka buntu dalam memperkembangkan perniagaan mereka gara-gara Covid-19, tapi sekarang Alhamdulilah, Kerajaan faham dan dengar suara mereka. Dapatla bantu apa yang patut kan? Moga terus sukses lagi dalam perniagaan!



Ini Yang Kami Tunggu-Tunggu & Ternyata Beri Kesan Besar! 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source link
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo