Infotainment

Iqbal Terkejut Vida ‘Terjah’ Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – ‘Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap’

Iqbal Terkejut Vida 'Terjah' Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – 'Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap' 1

Isu & Kontroversi

Iqbal Terkejut Vida 'Terjah' Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – 'Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap' 2

Sebelum ini, usahawan iaitu Iqbal Zulkefli mengakui sudah tawar hati untuk memperisterikan jutawan terkenal, Datuk Seri Vida. Malah Iqbal juga mendakwa sudah pun membatalkan rancangan perkahwinan tersebut.

Artikel Berkaitan: Iqbal Bengang Vida Tak Habis Cakap Pasal Kahwin, Dedah Dah 2 Minggu Tak ‘Contact’ – ‘Saya Batalkan Segala Tempahan Dewan Hotel’

Artikel Berkaitan: Vida Menangis Minta Maaf & Cerita Situasi Sebenar, Iqbal Akui Sudah Tawar Hati – ‘Terima Kasih Atas Penghinaan’

Iqbal Terkejut Vida 'Terjah' Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – 'Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap' 4

Terbaru, Iqbal Zulkefli menerusi beberapa perkongsian di IG Story mengakui terkejut Datuk Seri Vida secara tiba-tiba ‘menerjah’ dan mengetuk pintu rumahnya sekitar jam 3 pagi. Iqbal juga memaklumkan dia tidak tahu bagaimana usahawan terkenal itu bersama anak lelakinya, Kacak boleh sampai ke rumah sedangkan dia sudah pun merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa.

3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang. Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib baik gelap.

Dalam video berkenaan, kelihatan Vida sedang memegang sebentuk cincin permata berwarna biru sambil memakainya di hadapan Iqbal. Bukan itu sahaja, kedengaran Vida memberitahu Iqbal ‘Nak cakap apa, I nak datang meminang?’.

Iqbal Terkejut Vida 'Terjah' Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – 'Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap' 6

Sementara itu, Iqbal memaklumkan kali terakhir dia berhubung dengan Vida adalah pada bulan September yang lalu. Jelas Iqbal lagi, dia akan memulangkan semula cincin tersebut kepada Vida.

Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah.

Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa. Saya layan sahaja dengan em0si yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tidak akan sesekali pakai. Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begini.

Dalam posting lain, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan mempertikaikan mengapa kenderaan milik Datuk Seri Vida dibenarkan memasuki kawasan rumahnya pada lewat malam.

Hanya pemegang kad sahaja yang boleh masuk. Biasanya security guard akan hubungi terlebih dahulu jika orang datang.

Iqbal Terkejut Vida 'Terjah' Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – 'Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap' 8

Sumber: Iqbal Zulkefli


Iqbal Terkejut Vida 'Terjah' Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – 'Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap' 10

The following two tabs change content below.


Iqbal Terkejut Vida 'Terjah' Rumah Pukul 3 Pagi, Siap Bagi Cincin! – 'Saya Keluar Tak Pakai Baju, Seluar. Nasib Baik Gelap' 1
kontraktor rumah
bina rumah
pinjaman lppsa
pengeluaran kwsp
spesifikasi rumah
rumah ibs
pelan rumah
rekabentuk rumah
bina rumah atas tanah sendiri
kontraktor rumah selangor
rumah banglo

Source


kontraktor rumah, bina rumah, pinjaman lppsa, pengeluaran kwsp, spesifikasi rumah, rumah ibs, pelan rumah, rekabentuk rumah, bina rumah atas tanah sendiri, kontraktor rumah selangor, rumah banglo